SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT, Malaysia | Home of Motorsports    
SIC AAM Malaysian Motocross Championship 2008
Moto-X Links : HomeNewsTrack LayoutStandingsRegulationsEvent ProgrammeCalendarAccess InfoHotelsConditions of Sale

Ahmad Nasaie Dalam Dilema

06 August 2008, By Sepang International Circuits

Dengan berbaki tiga lagi pusingan ini, pelumba motocross Ahmad Nasaie Najmi berkeyakinan tinggi bahawa beliau mampu mencipta impak dalam saingan kelas novis Kejuaraan Motocross Malaysia SIC-AAM 2008 berakhir musim ini.

Tiada saingan dalam kelas trailbike, penunggang berusia 19 tahun dari Kuala Ketil, Kedah itu sedar bahawa kejayaan dalam kelas motocross novis lebih penting dalam misinya untuk mencipta nama dan mengejar impian untuk menjadi bersaing pada kejuaraan-kejuaraan besar.

“Sekarang saya berlumba dalam kedua-dua kategori. Tetapi, nyata ia terlalu membebankan dan prestasi saya dalam saingan kelas novis kurang memberangsangkan … tak cukup angin,” kata Ahmad Nasaie, yang menyimpan impian untuk mewakili negara di pentas antarabangsa.   

Selepas empat pusingan musim ini, Ahmad Nasaie, yang tidak beraksi pada saingan Pusingan 1, kini menduduki tempat kedua dalam saingan kelas trailbike selepas memenangi ketiga-tiga pusingan dan kesemua sembilan moto untuk mengumpul 225 mata – dua mata di belakang pendahulu kejuaraan, Sahrinnizam Abu Bakar, yang mempunyai 227 mata.   

Mohd Nooriman Sapari dan Muhammad Khaidir Sirat masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat dengan 192 dan 190 mata manakala bekas pelumba Speedway, Mohd Arif Mohd Ali, yang juga tidak bertanding pada saingan Pusingan 1, menduduki tempat kelima dengan 133 mata.

“Saya gembira dengan prestasi saya dalam saingan trailbike ini. Peluang untuk muncul juara adalah cerah walaupun saya sedar saingan bakal menjadi lebih sengit dengan para pelumba semakin baik. Saya akan lebih waspada dan berusaha untuk terus mengekalkan prestasi saya.

“Tetapi, saya juga ingin terus berlumba dalam saingan kelas novis. Ia lebih penting dan lebih berprestij. Tetapi, untuk berlumba dalam kedua-dua kejuaraan cukup memenatkan. Bayangkan saya kena bersaing dalam enam perlumbaan – tiga moto untuk trailbike dan tiga moto untuk novis - dalam satu hari. Memang letih,”kata Ahmad Nasaie, yang kini menduduki tempat ke 13 dalam kejuaraan kelas novis selepas bertanding dalam dua daripada empat pusingan yang lepas dan mengutip 49 mata.

Menyaksikan prestasi Ahmad Nasaie dalam saingan Pusingan 4 di Litar Motocross Sepang bulan lepas, pelumba muda itu jelas mempunyai skil dan keupayaan untuk menyaingi para pelumba lain termasuk penunggang muda dari Guam, Paul Errol Angoco, yang memenangi ketiga-tiga moto pada hari itu.

Ahmad Nasaie bersaing rapat dengan Angoco di awal perlumbaan malahan mendahului perlumbaan untuk seketika pada moto terakhir sebelum prestasinya menurun di pertengahan saingan kerana keletihan. Pada Moto 1, Ahmad Nasaie terjatuh ketika membuat lompatan dan terus menunggang keluar daripada perlumbaan.

Berbeza dengan saingan motocross, perlumbaan trailbike kurang mencabar kerana tidak dikehendaki melakukan lompatan-lompatan dan sebaliknya menyusuri laluan tepi pada semua halangan anak bukit dan ‘double jump’.

“Besar kemungkinan, saya akan tetap bersaing dalam kedua kategori dalam Pusingan 5 nanti. Saya telah menggiatkan lagi latihan untuk meningkatkan kecergasan. Harap-harap cukup untuk mempamerkan prestasi berbisa di Sepang nanti,” katanya.

Selepas empat pusingan, saingan kelas novis diungguli oleh Hazlanshah Mohd Noor manakala kelas expert kini didahului oleh penunggang New Zealand Larry Stuart Blair. Kelas veteran didahului oleh Kan Yin Heng dan kelas junior diterajui oleh Muhammad Firdaus Ishak Muliawan.

Saingan Pusingan 5 akan diadakan di Litar Motocross Sepang pada hujung minggu ini dengan pendaftaran pelumba dan sesi latihan diadakan pada hari Sabtu (9 Ogos). Hari perlumbaan adalah paa hari Ahad (10 Ogos) dengan para pelumba setiap kategori bersaing dalam tiga moto untuk menentukan juara.

KEJUARAAN MOTOCROSS MALAYSIA SIC-AAM 2008
Kedudukan mata selepas 4 pusingan
Tempat Nama Mata
Kelas Expert
1 Larry Stuart Blair (Kawasaki) 280
2 Mohd Amirul Asy-Syahid Mohd Salleh (Honda)  254
3 Pierre-Yves Catry (Yamaha) 225
4 Mohd Habibullah Mohd Salleh (Kawasaki) 222
5 Mohd Fariq Bachok (Yamaha) 185
Kelas Novis
1 Hazlanshah Mohd Noor (Kawasaki)   248
2 Mohd Faiz Bachok (Honda) 231
3 Wong Chun Voon (Yamaha) 218
4 Atli Mar Magnusson (KTM)  169
5 Mohd Shaiful Nazrin (Yamaha) 161
Kelas Veteran
1 Kan Ying Heng (Yamaha) 226
2 M. Chandran (Honda) 216
3 Chris Sullivan (Honda) 203
4 J. Jegathesan (Kawasaki)  198
5 Peter Grinsted (KTM)   183
Kelas Trailbike
1 Sahrinnizam Abu Bakar (Honda) 227
2 Ahmad Nasaie Najmi (Honda) 225
3 Mohamad Nooriman Sapari (Kawasaki) 192
4 Muhammad Khaidir Sirat (Kawasaki) 190
5 Mohd Ariff Mohd Ali (Kawasaki) 133
Kelas Junior
1 Muhammad Firdaus Ishak (Kawasaki) 234
2 Mohammad Alif Ishak (Kawasaki) 230
3 Faizuddin Naim Ishak (Kawasaki) 208
4 Mohamad Fadzli Embok Chenig (Honda)   207
5 Muhammad Akhmal Mohd Jais (Kawasaki) 207

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pegawai Akhbar SIC Azhar Ghazali di 019 383 7865


Email to friends Print this article  

RSS Feed

Latest News

Search News
*
* Please enter descriptive keywords. Do not enter questions or sentences.
  • Standing 1
  • Standing 2
  • Standing 3
SIC AAM Motocross Championship 2008
16-17 Nov 2008
Pos
Name
Points
Expert Class
1 Larry Stuart Blair (Kawasaki)
486
2 Mohd Al-Amirul Asy-Syahid Mohd Salleh (Honda) 
436
3 Mohd Habibullah Mohd Salleh (Kawasaki)
414
Novice Class
1 Hazlanshah Mohd Noor (Kawasaki)  
461
2 Mohd Faiz Bachok (Honda)
396
3 Mohd Khairi Zakaria (Kawasaki)
294
SIC AAM Motocross Championship 2008
16-17 Nov 2008
Pos
Name
Points
Veteran Class
1 M. Chandran (Honda)
438
2 Kan Ying Heng (Yamaha)
407
3 Chris Sullivan (Honda)
361
Junior Class
1 Faizuddin Naim Ishak (Kawasaki)
409
2 Muhammad Firdaus Ishak (Kawasaki)
397
3 Mohammad Alif Ishak (Kawasaki)
399
SIC AAM Motocross Championship 2008
16-17 Nov 2008
Pos
Name
Points
Trailbike Class
1 Ahmad Nasaie Najmi (Honda)
444
2 Sahrinnizam Abu Bakar (Honda)
395
3 Muhammad Khaidir Sirat (Kawasaki)    
339
Cubcross Class
1 Eddy Fauzy Ismail (Honda)
304
2 Muhammad Hisham Muksin (Suzuki)
303
3 Mohd Azmil Azrie (Honda)
241
Mini Bike Class
1 Agung Pelita Irawan (KTM)
501
2 Mohd Zulnasmi Zulhilmi (Kawasaki)
442
3 Muhamad Adam Norrodin (KTM)
260

Visit Malaysia 2007

 

For Ticket Reservation, Please Call +603-8778 2222 OR Visit Our Ticket Agents
 

Partners

 

Advertisement

 
 
Royal Selangor Pewter GIVI Tourism Malaysia Lanson
Official Wireless Telecommunications Provider for SIC 2008
Official Wireless
Telecommunications
Provider for SIC 2008
Official Media Shuttle SIC 2008
Official
Media Shuttle
SIC 2008
 
Advertisement Space for Rent
Advertisement Space for Rent