SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT, Malaysia | Home of Motorsports    
SIC AAM Malaysian Motocross Championship 2008
Moto-X Links : HomeNewsTrack LayoutStandingsRegulationsEvent ProgrammeCalendarAccess InfoHotelsConditions of Sale

Larry Blair Merapati Mahkota Kejuaraan Motocross Malaysia

21 July 2008, By Sepang International Circuit

Keunggulan Larry Stuart Blair masih gagal dicabar pada Kejuaraan Motocross Malaysia SIC-AAM 2008 dengan pelumba New Zealand itu mencipta kemenangan ketiga berturut-turut dengan mengungguli saingan Pusingan 4 di Litar Motocross Sepang semalam.


Kelas Expert

Juara pusingan kedua di Gopeng dan saingan pusingan ketiga di Autocity, Seberang Prai, penunggang pasukan CBK Kawasaki itu kini mengesahkan dirinya sebagai pilihan utama sebagai kejuaraan keseluruhan kelas expert, yang kini berbaki tiga pusingan lagi.

Mengutip 72 mata daripada saingan Pusingan 4, Larry kini mengutip 280 mata sekali gus membuka jurang 26 mata antara beliau dan pencabar terdekat dan juara 2005, Mohd Al-Amirul Asy-Syahid, yang mengumpulkan 254 mata.

“Masih terdapat tiga pusingan lagi. Saya mungkin hanya memerlukan tempat kedua untuk ketiga-tiga pusingan akan datang untuk muncul juara keseluruhan. Tetapi, saya akan cuba untuk memenanginya dan muncul juara secara bergaya,” kata Larry, yang berasal dari New Plymouth, New Zealand.

Tewas pada perlumbaan Moto 1 dalam saingan Pusingan 4 semalam, Larry bangkit pada pertarungan Moto 2 dan Moto 3 untuk mengecewakan Al-Amirul, atau lebih terkenal sebagai Gaban, yang terpaksa berpuas hati dengan dengan catatan naib juara dan pungutan 69 mata untuk pusingan keempat.

“Baki tiga pusingan lagi nyata amat penting bagi kami. Tetapi, saya terpaksa akui bahawa Larry terlalu gagah hari ini (semalam). Kita perlu meningkatkan usaha dan perlu terus memberi saingan,” kata Gaban, yang mewakili pasukan Boon Siew Honda Racing.

Adiknya, Mohd Habibullah Mohd Salleh nyata tersilap percaturan kerana memilih untuk menggunakan jentera Kawasaki dua lejang 250cc dalam misinya menawan litar baru yang agak kompak sepanjang 978 meter dengan 15 selekoh, 11 lompatan tunggal, 9 lompatan kembar dua, 2 lompatan kembar tiga dan 1 ‘table-top’ itu.

“Kalah hari ini tidak bermakna akan kalah lagi pada pusingan seterusnya. Saya akan terus cuba dan terus mencuba. Kita akan terus lawan,” kata anak muda berusia 17 tahun yang mewakili pasukan Rani Motorsports Kawasaki.

Lebih dikenali dengan nama Gabit, pelajar Tingkatan Lima Sekolah Sungai Buaya, Selangor itu sekadar mengutip 54 mata dalam saingan Pusingan 4 untuk menempatkan dirinya di tangga keempat di belakang juara bertahan Pierre Yves Catry, yang mengutip 60 mata.


Kelas Novis

Saingan kelas novis didominasi oleh pendatang baru berusia 14 tahun dari Guam, Paul Errol Angoco. Mewakili pasukan KTM Racing, Angoco mencatat kemenangan mudah ke atas lawan-lawan beliau untuk catatan sempurna 75 mata.

Seperti Angoco, Ahmad Nasaie Najmi juga dalam kelas tersendiri dalam saingan kejuaraan trailbike; dengan mencatat kemenangan mudah pada ketiga-tiga moto untuk mengutip 75 mata.

Sahrinnizam Abu Bakar dan Asdin Udin masing-masing mengutip 64 dan 60 mata untuk menduduki tempat kedua dan ketiga. Bekas pelumba Speedway Mohd Ariff Mohd Ali, yang membuat penampilan sulung musim ini, beraksi cemerlang untuk menduduki tempat keempat dalam saingan jentera ‘trailbike’ ini.

Pelumba lagenda dan juara kebangsaan 10 kali M. Chandran, yang memenangi Pusingan 3 di Litar Motocross Autocity, terus cemerlang dalam saingan kelas veteran untuk mencatat satu lagi kemenangan pada saingan Pusingan 4.


Kelas Veteran


Kelas Trailbike


Kelas Junior


Kelas Mini Bike


Kelas Cubcross

Saingan Pusingan 5 akan diadakan di Litar Motocross Sepang pada 9 dan 10 Ogos ini.

KEJUARAAN MOTOCROSS MALAYSIA SIC-AAM 2008
Senarai Lima Pelumba Terbaik Pusingan 4
Tempat Nama Mata
Kelas Expert
1 Larry Stuart Blair (Kawasaki) 72
2 Mohd Amirul Asy-Syahid Mohd Salleh (Honda)  69
3 Pierre-Yves Catry (Yamaha) 60
4 Mohd Habibullah Mohd Salleh (Kawasaki) 54
5 Mohd Fariq Bachok (Yamaha) 48
Kelas Novis
1 Paul Errol Angoco (KTM) 75
2 Mohd Faiz Bachok (Honda) 60
3 Mohd Khairi Zakaria (Kawasaki) 58
4 Wong Chun Voon (Yamaha) 50
5 Muhammad Mukhlis Basri (Yamaha) 46
Kelas Veteran
1 M. Chandran (Honda) 72
2 Peter Grinsted (KTM)   69
3 Kwok Wing Kit (Kawasaki) 54
4 Muhd Amin Khalid (KTM) 52
5 Kan Ying Heng (Yamaha) 50
Kelas Trailbike
1 Ahmad Nasaie Najmi (Honda) 75
2 Sahrinnizam Abu Bakar (Honda) 64
3 Asdin Udin (Kawasaki) 60
4 Mohd Ariff Mohd Ali (Kawasaki) 49
5 Wong Chun Hing (Yamaha) 44
Kelas Junior
1 Khairil Syazwan Mohd Khair (Kawasaki) 75
2 Mohammad Alif Jamal (Kawasaki) 64
3 Muhammad Firdaus Ishak (Kawasaki) 56
4 Muhammad Fazrul Hakim (Honda) 50
5 Muhamad Fariz Marohan (KTM) 50
Kelas Mini Bike
1 Muhamad Adam Norrodin (KTM) 70
2 Agung Pelita Irawan (KTM) 66
3 Mohamad Zulnazmi Zulhilmi (Kawasaki) 65
4 Nazrin Asdin (Kawasaki) 50
5 Muhammad Ibrahim Norrrodin (KTM) 36
Kelas Cubcross
1 Mohd Firdaus Agos (Modenas) 72
2 Muhammad Faheem Sirat (Modenas) 63
3 Muhammad Hisham Muksin (Suzuki) 60
4 Mohammad Danial Ismail (Honda) 53
5 Mohd Azmil Zaine (Honda) 36
BAKI SAINGAN – KEJUARAAN MOTOCROSS MALAYSIA SIC-AAM 2008
Pusingan Masa Tempat
Pusingan 5 09 & 10 Ogos Litar Motocross Sepang
Pusingan 6 11 & 12 Oktober Litar Motocross Sepang
Pusingan 7 15 & 16 November Litar Motocross Sepang

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pegawai Akhbar SIC Azhar Ghazali di 019 383 7865


Email to friends Print this article  

RSS Feed

Latest News

Search News
*
* Please enter descriptive keywords. Do not enter questions or sentences.
  • Standing 1
  • Standing 2
  • Standing 3
SIC AAM Motocross Championship 2008
16-17 Nov 2008
Pos
Name
Points
Expert Class
1 Larry Stuart Blair (Kawasaki)
486
2 Mohd Al-Amirul Asy-Syahid Mohd Salleh (Honda) 
436
3 Mohd Habibullah Mohd Salleh (Kawasaki)
414
Novice Class
1 Hazlanshah Mohd Noor (Kawasaki)  
461
2 Mohd Faiz Bachok (Honda)
396
3 Mohd Khairi Zakaria (Kawasaki)
294
SIC AAM Motocross Championship 2008
16-17 Nov 2008
Pos
Name
Points
Veteran Class
1 M. Chandran (Honda)
438
2 Kan Ying Heng (Yamaha)
407
3 Chris Sullivan (Honda)
361
Junior Class
1 Faizuddin Naim Ishak (Kawasaki)
409
2 Muhammad Firdaus Ishak (Kawasaki)
397
3 Mohammad Alif Ishak (Kawasaki)
399
SIC AAM Motocross Championship 2008
16-17 Nov 2008
Pos
Name
Points
Trailbike Class
1 Ahmad Nasaie Najmi (Honda)
444
2 Sahrinnizam Abu Bakar (Honda)
395
3 Muhammad Khaidir Sirat (Kawasaki)    
339
Cubcross Class
1 Eddy Fauzy Ismail (Honda)
304
2 Muhammad Hisham Muksin (Suzuki)
303
3 Mohd Azmil Azrie (Honda)
241
Mini Bike Class
1 Agung Pelita Irawan (KTM)
501
2 Mohd Zulnasmi Zulhilmi (Kawasaki)
442
3 Muhamad Adam Norrodin (KTM)
260

Visit Malaysia 2007

 

For Ticket Reservation, Please Call +603-8778 2222 OR Visit Our Ticket Agents
 

Partners

 

Advertisement

 
 
Royal Selangor Pewter GIVI Tourism Malaysia Lanson
Official Wireless Telecommunications Provider for SIC 2008
Official Wireless
Telecommunications
Provider for SIC 2008
Official Media Shuttle SIC 2008
Official
Media Shuttle
SIC 2008
 
Advertisement Space for Rent
Advertisement Space for Rent