|
|||||
![]() |
| Moto-X Links : HomeNewsTrack LayoutStandingsRegulationsEvent ProgrammeCalendarAccess InfoHotelsConditions of Sale |
Larry Blair Pilihan Utama Saingan Pusingan 4 Di Sepang
18 July 2008, By Sepang International Circuit
Tewas pada saingan pembuka musim di Litar Motocross Sepang pada April lepas, pendahuku kejuaraan Larry Stuart Blair dari New Zealand tetap akan diletakkan sebagai pilihan utama pada saingan Pusingan 4 Kejuaraan Motocross Malaysia SIC-AAM, yang kembali ke Sepang hujung minggu ini.
“Prestasi Larry pada dua pusingan lepas menunjukkan bahawa dia yang terbaik sekarang. Saya kena akui bahawa peluang beliau lebih cerah daripada kami yang lain,” kata pelumba negara, Mohd Al-Amirul Asy-Shahid Mohd Salleh, yang kini menduduki tempat kedua keseluruhan di belakang Larry. Lebih terkenal dengan nama Gaban, Amirul juga percaya bahawa kegagalan Larry memenangi saingan Pusingan 1 itu akan menguatkan lagi azam penunggang New Zealand itu untuk mengejar kejayaan pada saingan Pusingan 4 itu. Kata Gaban, selepas saingan di Sepang, prestasi Larry cukup menyerlah dengan memenangi kedua-dua pusingan di Lembah Tempurung, Perak dan di Litar Motocross Autocity, Pulau Pinang dan kesemua keenam-enam moto pada kedua-dua pusingan itu. “Larry kini dalam prestasi yang hebat. Kami yang lain menghadapi tugas berat untuk menyekat beliau. Tetapi, yang pasti saya dan Gabit (Mohd Habibullah Mohd Salleh) atas berusaha bersungguh-sungguh,” kata Gaban, juara keseluruhan pada 2005.
Mewakili pasukan Boon Siew Honda Racing, Gaban memacu jentera Honda CRF450 manakala Larry, yang berlumba untuk pasukan CBK Kawasaki Racing, dan Gabit menggunakan jentera Kawasaki KXF450. Pada saingan pembuka musim, Larry menduduki tempat ketiga di belakang Gaban dan pelumba Indonesia, Alexandar. Penunggang New Zealand itu, bagaimanapun, bangkit pada saingan Pusingan 2 dan 3 untuk selesa di persada saingan kelas expert dengan 208 mata. Saingan kelas novis pula kini didahului oleh Hazlanshah Mohd Noor manakala Kan Yin Heng mendahului kejuaraan veteran dengan mengutip 176 mata dan Faizuddin Naim Ishak mengungguli saingan kelas junior dengan 208 mata. Saingan kelas trailbike didahului oleh Mohamad Nooriman Sapri, yang mengutip 192 mata dengan Sahrinman Abu Bakar dan Ahmad Nasaie Najimi di tempat kedua dan ketiga dengan masing-masing mengumpulkan 163 dan 150 mata.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Pegawai Akhbar SIC Azhar Ghazali di 019 383 7865
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| For Ticket Reservation, Please Call +603-8778 2222 OR Visit Our Ticket Agents | ||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||
|
||||
|