Pelumba New Zealand Larry Stuart Blair mengecewakan harapan kira-kira 8,000 peminat tempatan di Litar Motocross Lembah Tempurung di Gopeng, Perak dengan persembahan mantap pada saingan Pusingan 2 Kejuaraan Motocross Malaysia SIC-AAM untuk mengenepikan cabaran dua pelumba adik beradik dan pelumba handalan negara - Gaban dan Gabit.
Gaban, atau nama sebenarnya Mohd Amirul Asy-shahid Mohd Salleh, juara kebangsaan pada 2006, terpaksa akur kepada kehebatan penunggang pasukan CBK Kawasaki itu dengan menduduki tempat kedua pada ketiga-tiga moto dan kedua untuk saingan di Gopeng ini.
Â
Adiknya, Gabit, atau nama sebenarnya Mohd Habibullah, pula untuk menamatkan saingan Pusingan 2 ini di tempat ketiga keseluruhan manakala juara bertahan, Pierre Yves Catry dari Perancis menduduki tempat keempat dalam saingan Pusingan 2 ini.
Dengan ketiadaan bekas juara Asia James Robinson and pemenang Pusingan 1 Alexander Wiguna Putra dari Indonesia, dua beradik ini dijangka menguasai saingan menentukan pemenang kelas expert selepas persembahan memberangsangkan pada saingan Pusingan 1 di Litar Sepang bulan lepas.
Namun, Larry, yang mendapat tempat ketiga di Sepang, datang dengan azam yang berbeza dan beraksi cemerlang untuk memenangi ketiga-tiga moto di litar compak ala supercross dengan lima âtable-topâ, satu âwhoopie-dooâ, dua âdouble-jumpâ dan dua âsingle-jump.
Dengan kemenangan hari ini, Larry melonjakkan dirinya di persada kejuaraan kelas expert dengan mengutip 133 mata. Mewakili Boon Siew Honda Malaysia, Gaban menduduki tempat kedua keseluruhan selepas dua pusingan dengan 128 mata. Gabit, yang berlumba untuk Kawasaki Malaysia Racing di tempat ketiga keseluruhan dengan 116 mata.
Mengulas kemenangannya hari ini, Larry menegaskan ianya tidaklah semudah yang disaksikan oleh para penonton. âIa adalah perlumbaan yang sukar dengan keadaan cuaca yang sangat panas dan mencabar. Saya gembira dengan kemenangan ini,â kata Larry, yang berlumba secara persendirian dalam tiga pusingan terakhir musim lepas.
âNyata, segalanya berbeza tahun ini. Pasukan CBK Kawasaki benar-benar merubah segala-galanya dengan persiapan jentera motosikal yang cukup rapi dan krew pasukan yang cukup komited untuk kemenangan. Kemenangan hari ini lebih kepada untuk pasukan,â kata Larry, yang kini ghairah untuk bersaing pada pusingan-pusingan depan musim ini.
âTentunya, saya akan berlumba untuk sepenuh musim. Pasukan ini baik, jentera pun bagus, jadi saya memang sudah bersedia untuk bertarung sepanjang musim dan mencabar kejuaraan musim ini,â kata Larry, yang bekerja sebagai jurutera pembaikian kapal di Singapura.
Perlumbaan di Lembah Tempurung turut menyaksikan kembalinya juara kebangsaan sebanyak 10 kali M. Chandran di litar perlumbaan selepas âberehatâ hampir tiga tahun. Nyata tidak secergas dulu, Chandran menduduki tempat kedua dalam saingan kelas veteran, yang dimenangi oleh Poh Ken Heng.
Saingan kelas trailbike menyaksikan Ahmad Nasaie Najmi . Bekas pelumba Speedway Malaysia, Mohd Ariff Mohd Ali, yang membuat penampilan sulung pada kejuaraan ini, beraksi cemerlang untuk menamatkan saingan Pusingan 2 di tempat lapan dengan jentera Suzuki DR200.
Saingan kelas mini-bike menyaksikan dominasi pelumba cilik Indonesia Agung Pelita Irawan dan jentera KTM dengan memenangi ketiga-tiga moto.
Selepas Lembah Tempurung, Kejuaraan Motocross Malaysia SIC-AAM akan beralih pula ke Litar Motocross Modenas di Gurun, Kedah untuk saingan Pusingan 3 pada 31 Mei dan 1 Jun.
KEJUARAAN MOTOCROSS MALAYSIA SIC-AAM 2008
| PEMENANG PUSINGAN 2 |
| Tempat |
Nama |
Mata |
| Kelas Expert |
| 1 |
Larry Stuart Blair (Kawasaki)
|
75 |
| 2 |
Mohd Amirul Asy-Syahid Mohd Salleh (Honda) |
66 |
| 3 |
Mohd Habibullah Mohd Salleh (Kawasaki) |
58 |
| 4 |
Pierre-Yves Catry (Yamaha) |
56 |
| 5 |
Mohd Fariq Bachok (Yamaha YZF) |
48 |
| Kelas Novis |
| 1 |
Wong Chun Voon (Yamaha)
|
69 |
| 2 |
Hazlanshah Mohd Noor (Kawasaki) |
65 |
| 3 |
Muhammad Mukhlis Basri (Yamaha) |
54 |
| 4 |
Mohd Faiz Bachok (Honda) |
52 |
| 5 |
Atli Mar Magnusson (KTM) |
45 |
| Kelas Veteran |
| 1 |
Poh Ken Heng (Honda) |
72 |
| 2 |
M. Chandran (Honda) |
62 |
| 3 |
Peter Edward Grinsted (KTM) |
54 |
| 4 |
Kan Ying Heng (Yamaha) |
52 |
| 5 |
Muhd Amin Khalid(Kawasaki) |
47 |
| Kelas Junior |
| 1 |
Faizuddin Naim Ishak (Kawasaki) |
72 |
| 2 |
Mohamad Fadzli Embok Chenig (Honda) |
62 |
| 3 |
Muhammad Akhmal Mohd Jais (Kawasaki) |
54 |
| 4 |
Muhammad Alif Ishak (Kawasaki) Â |
52 |
| 5 |
Muhamad Firdaus Ishak (Kawasaki) |
47 |
| Kelas Trailbike |
| 1 |
Ahmad Nasaie Najmi (Honda) |
75 |
| 2 |
Mohd Mukhlis Basri (Yamaha) |
60 |
| 3 |
Mohamad Nooriman Sapari (Kawasaki) |
59 |
| 4 |
Sahrinnizam Abu Bakar (Honda) |
51 |
| 5 |
Mohd Firdaus Agos Mawardi (Kawasaki) |
49 |
| 6 |
Muhammad Khaidir Sirat (Kawasaki) Â |
48 |
| 7 |
Mohd Shaiful Nazrin Shafie (Yamaha) |
45 |
| 8 |
Mohd Ariff Mohd Ali (Suzuki) |
42 |
| 9 |
Kent Stefan Wu Kok Chuen (Honda) |
36 |
| 10 |
Mohd Zulfaidi Mohd Zulhilmi (Yamaha) |
22 |
| 11 |
Mohd Kamarul Ahmad Tarmiji (Kawasaki)
|
10 |
Untuk maklumat lanjut, hubungi Pegawai Akhbar SIC Azhar Ghazali di 019 383 7865.