Top Headlines
Larry Blair Juara Baru Motocross Malaysia
Penunggang New Zealand Larry Stuart Blair merangkul gelaran juara keseluruhan Kejuaraan Motocross Malaysia SIC-AAM 2009 dengan penuh bergaya dengan memenangi ketiga-tiga moto kelas expert dalam saingan pusingan akhir di Litar Motocross Sepang.

Aksi Hebat Gabit Mengejar Larry
Berbekalkan kelebihan 27 mata ke atas pencabar terdekat dan jaguh kebangsaan, Gaban – atau Mohd Al Amirul Asy-syahid Mohd Salleh, Blair memilih untuk mempertahankan kedudukannya di persada kejuaraan dari depan bagi menggelakkan dirinya daripada terperangkap dalam saingan dan risiko pelanggaran.
Cuaca panas mengakibatkan saingan berlangsung di litar berdebu sekali gus menyulitkan mereka yang ketinggalan di belakang dan Blair memulakan ketiga-tiga moto dengan garang untuk berada di kelompok depan.
Dua moto pertama menyaksikan beliau mengekori pelumba muda negara Gabit – atau Mohd Habibullah Mohd Salleh, untuk beberapa lap awal sebelum memintas dan memimpin perlumbaan sehingga ke garisan penamat sementara Moto 3 menyaksikan beliau mendahului saingan daripada permulaan sehingga kepada kibaran bendera kemenangan.
“Memang pada awalnya, strategi saya adalah untuk beraksi selamat; tetapi ketika perlumbaan, saya nampak peluang untuk memimpin perlumbaan dan saya terus mengambil peluang berkenaan,” kata Larry, yang turut menyatakan keadaan litar berdebu sebagai faktor lain yang mendorong beliau untuk melupakan hasrat berlumba selamat.
“Saingan sebenarnya amat sengit khususnya Gabit … dia sangat pantas dan berskil tinggi. Para pelumba Indonesia itu juga tidak kurang hebatnya,” kata Larry merujuk kepada saingan daripada Aep Dadang Supriatna dan Alexander Wiguna, yang masing-masing menamatkan pertarungan Pusingan 7 di tempat ketiga dan keenam.
Menurut Larry, walaupun Gabit sebenarnya lebih pantas, beliau mengambil kesempatan daripada ‘kesilapan-kesilapan’ kecil yang dilakukan oleh pelumba muda negara khususnya semasa mengambil selekoh dan ‘whoops’ (barisan batas) untuk mengatasi Gabit, yang membuat penampilan pertama dalam saingan kelas expert musim ini.
“Saya rasa Gabit mempunyai potensi yang cukup tinggi untuk maju dalam sukan ini. Pada saya, dia perlu lebih tenang ketika berlumba. Itu boleh menggelakkan kesilapan-kesilapan kecil yang boleh memberi impak besar dalam perlumbaan motocross.
“Kalau anda tanya saya, skil Gabit lebih hebat daripada abangnya, Gaban. Tetapi, Gaban adalah pelumba yang berbeza. Dia amat cergas dan kuat. Itu kelebihan Gaban. Saya jangkakan kedua-dua mereka akan memberikan cabaran yang lebih kuat kepada saya tahun depan,” kata Larry.
Berusia 23 tahun dan mewakili pasukan Boon Siew Honda Racing, Gaban atau Mohd Al Amirul Asy-Syahid terjatuh pada ketiga-tiga moto sekali gus menamatkan saingan Pusingan 7 di tempat keempat dengan tempat keempat pada Moto 1 dan 2 dan tempat kelima pada Moto 3 untuk mengutip 52 mata.
“Saya terjatuh mungkin kerana saya mencuba terlalu kuat. Memang peluang saya untuk muncul juara keseluruhan adalah tipis tetapi saya cakap pada diri saya … saya mesti cuba habis-habisan. Memang saya kecewa masa ini; tetapi saya tahu saya telah memberikan segala-galanya … jadi, saya tetap bangga,” kata Gaban, yang muncul naib juara keseluruhan dengan mengutip 436 mata.
Mengutip 64 mata untuk Pusingan 7, Gabit, juara novis tahun lepas dan juara kelas junior pada 2005, menduduki tempat ketiga keseluruhan dengan mengumpul 414 mata. Pelumba Perancis dan juara 2006 dan 2007, Pierre Yves Catry hilang mahkota kejuaraan dan menduduki tempat keempat keseluruhan dengan 389 mata.
Mahkota untuk kejuaraan novis menjadi milik Hazlanshah Mohd Noor, yang sudah mengumpul 461 mata termasuk 70 mata untuk saingan Pusingan 7 yang memberikan beliau mahkota kemenangan untuk pusingan akhir itu. Mohd Faiz Embok Chenig adalah naib juara keseluruhan dengan 396 mata.
Pelumba 12 tahun Faizuddin Naim Ishak Muliawan mempertahankan kejuaraan kelas novis untuk mengecewakan abangnya, Muhamad Firdaus, 13. Mendapat tempat kedua untuk saingan Pusingan 7, Faizuddin mengutip 60 mata untuk mengumpul 409 mata berbanding dengan hanya 399 mata yang dimiliki oleh Firdaus.
Bekas juara kebangsaan sebanyak 10 kali, M. Chandran beraksi garang untuk memenangi ketiga-tiga moto untuk Pusingan 7 dan seterusnya mengungguli kelas veteran dengan mengutip 438 mata. Kan Ying Heng muncul naib juara keseluruhan dengan mengumpul 407 mata.
Saingan kelas trail bike diungguli oleh penunggang muda dari Kuala Ketil, Kedah, Ahmad Nasaie Najmi, yang mengutip satu lagi kemenangan semalam untuk membawa jumlah kutipan mata kejuaraan kepada 444 mata dengan Sahrinnizam Abu Bakar di tempat kedua dengan 395 mata.
Kejuaraan keseluruhan kelas cubcross dimenangi oleh Eddy Fauzy Ismail manakala kelas mini bike pula dimenangi oleh penunggang Indonesia Agung Pelita Irawan.
| KEPUTUSAN SAINGAN PUSINGAN 7 | ||
| Tempat | Nama | Mata |
| Kelas Expert |
||
| 1 | Larry Stuart Blair (Kawasaki) |
75 |
| 2 | Mohd Habibullah Mohd Salleh (Kawasaki) | 64 |
| 3 | Aep Dadang Supriatna (Kawasaki) | 62 |
| 4 | Mohd Al-Amirul Asy-Syahid Mohd Salleh (Honda) | 52 |
| 5 | Pierre-Yves Catry (Yamaha) | 48 |
| Kelas Novis | ||
| 1 | Hazlanshah Mohd Noor (Kawasaki) |
70 |
| 2 | Mohd Khairi Zakaria (Kawasaki) | 65 |
| 3 | Mohd Faiz Bachok (Honda) | 58 |
| 4 | Ahmad Nasaie Najmi (Honda) | 58 |
| 5 | Atli Mar Magnusson (KTM) | 52 |
| Kelas Veteran | ||
| 1 | M. Chandran (Honda) | 75 |
| 2 | Johann Enrique Romero (Kawasaki) | 66 |
| 3 | Kan Ying Heng (Yamaha) | 56 |
| 4 | Stephan Rausch (Kawasaki) | 54 |
| 5 | J. Jegathesan (Kawasaki) | 50 |
| Kelas Trailbike | ||
| 1 | Ahmad Nasaie Najmi (Honda) | 72 |
| 2 | Mohamad Firdaus Agos Mawardi (Kawasaki) | 67 |
| 3 | Sahrinnizam Abu Bakar (Honda) | 58 |
| 4 | Muhammad Khaidir Sirat (Kawasaki) | 54 |
| 5 | Lai Wai Seng (Kawasaki) | 52 |
| Kelas Junior | ||
| 1 | Khairul Syazwan Khair Affandi (Kawasaki) | 72 |
| 2 | Andre Sondakh (Kawasaki) | 69 |
| 3 | Faizuddin Naim Ishak (Kawasaki) | 60 |
| 4 | Mohammad Alif Ishak (Kawasaki) | 54 |
| 5 | Muhammad Firdaus Ishak (Kawasaki) | 47 |
| Kelas Cubcross | ||
| 1 | Mohd Firdaus Agos Mowardi (Modenas) | 59 |
| 2 | Achmad Bahrul Ulum Muksim (Modenas) | 55 |
| 3 | Mohd Azmil Azrie (Honda) | 54 |
| 4 | Muhammad Harzairul Hadid (Modenas) | 51 |
| 5 | Ahmad Dailami Najmi (Suzuki) | 50 |
| Kelas Mini Bike | ||
| 1 | Mohd Zulnasmi Zulhilmi (Kawasaki) | 75 |
| 2 | Agung Pelita Irawan (KTM) | 66 |
| 3 | Muhammad Ibrahim Norrodin (KTM) | 60 |
| KEDUDUKAN AKHIR SELEPAS 7 PUSINGAN | ||
| Tempat | Nama | Mata |
| Kelas Expert |
||
| 1 | Larry Stuart Blair (Kawasaki) |
486 |
| 2 | Mohd Al-Amirul Asy-Syahid Mohd Salleh (Honda) | 436 |
| 3 | Mohd Habibullah Mohd Salleh (Kawasaki) | 414 |
| 4 | Pierre-Yves Catry (Yamaha) | 389 |
| 5 | Mohd Fariq Bachok (Yamaha) | 326 |
| Kelas Novis | ||
| 1 | Hazlanshah Mohd Noor (Kawasaki) |
461 |
| 2 | Mohd Faiz Bachok (Honda) | 396 |
| 3 | Mohd Khairi Zakaria (Kawasaki) | 294 |
| 4 | Atli Mar Magnusson (KTM) | 277 |
| 5 | Wong Chun Voon (Yamaha) | 218 |
| Kelas Veteran | ||
| 1 | M. Chandran (Honda) | 438 |
| 2 | Kan Ying Heng (Yamaha) | 407 |
| 3 | Chris Sullivan (Honda) | 361 |
| 4 | J. Jegathesan (Kawasaki) | 348 |
| 5 | Peter Grinsted (KTM) | 292 |
| Kelas Trailbike | ||
| 1 | Ahmad Nasaie Najmi (Honda) | 444 |
| 2 | Sahrinnizam Abu Bakar (Honda) | 395 |
| 3 | Muhammad Khaidir Sirat (Kawasaki) | 339 |
| 4 | Mohamad Nooriman Sapari (Kawasaki) | 305 |
| 5 | Mohamad Firdaus Agos Mawardi (Kawasaki) | 289 |
| Kelas Junior | ||
| 1 | Faizuddin Naim Ishak (Kawasaki) | 409 |
| 2 | Muhammad Firdaus Ishak (Kawasaki) | 397 |
| 3 | Mohammad Alif Ishak (Kawasaki) | 399 |
| 4 | Mohamad Fadzli Embok Chenig (Honda) | 344 |
| 5 | Muhammad Fazrul Hakim (Kawasaki) | 233 |
| Kelas Cubcross | ||
| 1 | Eddy Fauzy Ismail (Honda) | 304 |
| 2 | Muhammad Hisham Muksin (Suzuki) | 303 |
| 3 | Mohd Azmil Azrie (Honda) | 241 |
| 4 | Muhammad Faheem Sirat (Honda) | 219 |
| 5 | Mohd Firdaus Agos Mowardi (Modenas) | 218 |
| Kelas Mini Bike | ||
| 1 | Agung Pelita Irawan (KTM) | 501 |
| 2 | Mohd Zulnasmi Zulhilmi (Kawasaki) | 442 |
| 3 | Muhamad Adam Norrodin (KTM) | 260 |
| 4 | Muhammad Ibrahim Norrodin (KTM) | 248 |
| 5 | Nazrin Asdin (Kawasaki) | 229 |
For details, contact the Press Officer Azhar Ghazali at 019 383 7865.






