Bantuan Tunai RM200 Dikreditkan Kepada Pemohon
Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi klien JKM atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan bertujuan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja
Kadar bayaran Bantuan Latihan Perantis (BLP): RM200 sebulan seorang
Untuk maklumat lanjut,sila rujuk Laman Rasmi Bantuan Latihan Perantis (BLP)
Kelayakan
- Warganegara yang bermastautin di Malaysia
- Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/bekas penghuni dari institusi kebajikan
- Kes-kes seliaan akhlak
- Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat
Cara Mohon
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara :
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
Salinan penyata gaji (jika ada)
Lain-lain dokumen yang berkaitan
Maklumat Lanjut
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Tujaun bantuan ini disalurkan adalah untuk membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.
Pemohon boleh melengkapkan borang berikut: