Mohon rayuan STR 2024 kini dibuka bagi pemohon yang gagal permohonannya. Rayuan STR 2024 ini dibuka sepanjang tahun 2024. Pemohon boleh membuat permohonan atas talian.
Kami kongsikan cara mohon rayuan STR 2024.
Baca juga artikel ini: Senarai Penerima Bantuan Barang Dapur 2024
Mohon Rayuan STR 2024
Untuk mereka yang gagal permohonan STR, anda boleh membuat rayuan secara atas talian.
Rayuan STR bertujuan untuk membantu penerima STR memohon bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2024.
Syarat Kelayakan Rayuan STR
- Pemohon yang berstatus tidak lulus STR 2024
- Permohon yang berstatus lulus STR 2024 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak perubahan pendapatan dan status perkahwinan
Tarikh Rayuan
Permohonan rayuan STR dibuka bermula 29 Januari 2024 sehingga akhir tahun.
Cara Mohon Rayuan STRĀ
- Melalui laman web bantuantunai.hasil.gov.my
- Mengemukakan borang kertas di pejabat LHDN berdekatan
Cara Mohon Rayuan STR Online
Cara mohon rayuan STR:
- Layari portal bantuantunai.hasil.gov.my
- Login masuk MYSTR dan tekan permohonan rayuan
- Masukkan ID
- Kata laluan MySTR
- Isi maklumat rayuan STR
Dokumen Sokongan Rayuan
Dokumen sokongan perlu disediakan berdasarkan kepada kod tidak lulus permohonan STR 2024.