Status bayaran SARA bantuan barang dapur RM100 untuk penerima STR 2024. Bantuan sumbangan asas rahmah telah dikreditkan setiap bulan.
Kami kongsikan cara semak bayaran sumbangan asas rahmah 2024.
Baca juga artikel ini: Jadual Lengkap Bayaran MYSTR 2024
Status Bayaran SARA Bantuan Barang Dapur RM100
Sumbangan asas rahmah ialah bantuan bersubsidi bersasar untuk rakyat Malaysia yang layak.
Bantuan diberikan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100 setiap bulan dengan cara dikreditkan ke dalam mykad.
Penerima boleh menggunakan barangan untuk membeli barangan dapur di kedai terpilih.
Status Sumbangan Asas Rahmah
Semak status sumbangan asas rahmah barang dapur:
- Layari https://mykasih.com.my/
- Tekan semak status
- Masukkan no kad pengenalan
- Tekan semakan status sekali lagi
- Maklumat kemudian dipaparkan
Tarikh Bayaran
Penerima sudah terima bayaran bermula 22 Januari bagi negeri di Semenanjung. Seterusnya, bayaran akan dibayar pada tarikh 1 hb setiap bulan.
Untuk sabah, sarawak dan labuan, telah dibayar pada 19 Februari. Namun, bayaran terakhir dibayar pada Ogos ini.
Bayaran Penerima Semenanjung
Bagi negeri di Semenanjung, kategori isi rumah terima RM100 setiap bulan.
Warga emas dan bujang pula terima RM50 setiap bulan.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan adalah berdasarkan MyKasih 2024 dan kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan e-Kasih.