SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD 2024 : CHECK NAMA PENERIMA
Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad adalah diciptakan khas untuk rakyat warganegara Malaysia sahaja. Ia diperkenalkan bagi memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan secara tanpa tunai (cashless) setiap bulan dan boleh digunakan pada lebih 600 premis yang terlibat seluruh Malaysia.
Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program ini yang bakal dilaksana secara berperingkat bermula 22 Januari 2024, menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 2024
Bantuan yang dikreditkan ke dalam Mykad adalah terhad kepada :
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 bagi kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang.
BILANGAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 2024
Peruntukan bagi tahun ini diperluaskan kepada pelbagai kategori penerima mengikut kelayakan.
Kategori Kelayakan Penerima
- Isi rumah
- Warga Emas
- Bujang
KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA | BILANGAN PENERIMA 2024 |
---|---|
Kelayakan Miskin Tegar : -Isi Rumah; -Warga Emas; -Bujang. | 210,000 |
Kelayakan Miskin Serdehana : -Isi Rumah; -Warga Emas; -Bujang. | 500,000 |
Kelayakan Bukan Miskin : -Isi Rumah; -Warga Emas; -Bujang. | 8,000,000 |
KADAR KESELURUHAN BANTUAN MYKAD 2024
Berikut merupakan kadar keseluruhan bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad penerima mengikut kelayakan :
- Kelayakan Miskin Tegar & Miskin Serdehana dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2500 setiap bulan.
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN DITERIMA DALAM MYKAD 2024 |
---|---|
ISI RUMAH PENDAPATAN BAWAH RM2,500 | RM1,200 |
WARGA EMAS (BUJANG) PENDAPATAN BAWAH RM2,500 | RM1,200 |
BUJANG PENDAPATAN BAWAH RM2,500 | RM600 |
- Kelayakan Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN DITERIMA DALAM MYKAD 2024 |
---|---|
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,500 – RM5,000 | RM300 |
WARGA EMAS (BUJANG) PENDAPATAN RM2,500 KE ATAS | RM150 |
BUJANG PENDAPATAN RM2,500 KE ATAS | RM150 |
JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD 2024
Pengkreditan bantuan ke dalam MyKad adalah berbeza mengikut negeri setiap penerima seperti jadual berikut :
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN | NEGERI PENERIMA |
---|---|
Setiap bulan bermula : 22 Januari 2024 sehingga 1 Disember 2024 | Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu |
Setiap bulan bermula : 29 Januari 2024 sehingga 1 Disember 2024 | Perlis, Perak, Pahang Melaka dan Johor |
SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD
Ikuti cara semakan status penerima bantuan dalam MyKad bagi tahun 2024 seperti berikut :
- Sila layari laman semakan status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan mengikut format (contoh : 88xxxxxxxxxx).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status penerima akan segera dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA hanya boleh didapati di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my