Bantuan Bina Rumah SPNB Untuk Golongan Berpendapatan Isi Rumah Dibawah RM5000

Bantuan Bina Rumah SPNB Untuk Golongan Berpendapatan Isi Rumah Dibawah RM5000

Bantuan Bina Rumah SPNB Untuk Golongan Berpendapatan Isi Rumah Dibawah RM5000. Kerajaan bersetuju untuk meneruskan projek bantuan bina rumah yang diberikan khas kepada golongan B40 dan M40 yang layak berdasarkan kriteria yang diperlukan.

Bantuan bina rumah SPNB ini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat (RMR) dengan menilaikan sebuah rumah bermula RM75,000 hingga RM106,000 (bergantung lokasi) sahaja.

Ciri-Ciri Rumah Mesra Rakyat

Perbezaan harga rumah adalah mengikut negeri tetapi konsep bagi setiap rumah mesra rakyat adalah sama iaitu rumah 1 tingkat dengan 2 bilik air serta 3 bilik tidur. Bagi keluasan rumah pula, semua adalah sama iaitu 750 kaki persegi (KPS).

Semenanjung

  • RM 75,000
  • Subsidi pembinaan RM 20,000
  • Jumlah pinjaman RM 55,000
  • Anggaran bayaran bulanan (16 tahun) – Sebulan RM 300

Pulau di Semenanjung

  • RM 85,000
  • Subsidi pembinaan RM 20,000
  • Jumlah pinjaman RM 65,000
  • Anggaran bayaran bulanan (16 tahun) – Sebulan RM 350

Sabah/Sarawak/Labuan

  • Bermula RM 75,000
  • Subsidi pembinaan RM 20,000
  • Jumlah pinjaman RM 55,000 – RM 86,500
  • Anggaran bayaran bulanan (16 tahun) – Sebulan RM 300 Hingga RM 470

Baca juga Disini –> Kenaikan Gaji Penjawat Awam Diumumkan Sebelum Pembentangan Belanjawan 2025

Syarat Kelayakan Bantuan Bina Rumah SPNB

Berikut adalah syarat penuh kelayakan bantuan bina rumah SPNB

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 3,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah tetapi usang/tidak sempurna
  • Tapak / tanah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, perlu dapat kebenaran dariada pemilik terlebih dahulu
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS

Cara Membuat Permohonan Bantuan Bina Rumah SPNB

  1. Layari laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/.
  2. Klik butang ‘Pendaftaran Baru‘.
  3. Lengkapkan Borang Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat dengan terperinci (Kata laluan akan dihantar melalui emel untuk pengesahan).
  4. Gunakan ID log masuk (emel) dan kata laluan yang diberikan untuk membuat Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat.
  5. Masukkan maklumat anda dengan teliti dalam sistem.
  6. Selepas selesai mengisi borang pendaftaran, klik butang ‘Selesai Pendaftaran Borang‘ dan cetak salinan borang tersebut.
  7. Seterusnya, hantarkan borang beserta dokumen yang diperlukan ke Pejabat SPNB Negeri yang berdekatan.

Dokumen Sokongan

  1. Salinan kad pengenalan pemohon & pasangan
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua
  4. Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  5. Slip gaji terkini – 3 bulan / surat akaun sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua
  6. Surat akuan sumpan / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar

Jika bekerja sendiri :

  • Penyata bank 3 bulan terkini
  • Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  • Dokumen sokongan tambahan

*NOTA: Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A

Semakan Status

Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. Walau bagaimanapun, kelulusan masih tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Bina Rumah SPNB, rujuk laman web rasmi https://spnb.com.my/

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Telefon : +603-7849 2000
E-mel: pr@spnb.com.my
Laman web : www.spnb.com.my

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *