Bantuan e-Wallet RM300 : Syarat Kelayakan & Cara Permohonan Bermula Harini

Bantuan e-Wallet RM300 : Syarat Kelayakan & Cara Permohonan Bermula Harini
Bantuan e-Wallet RM300 : Syarat Kelayakan & Cara Permohonan Bermula Harini

Bantuan e-Dompet RM300 : Syarat Kelayakan & Cara Memohon

  • Kandungan
  • Bantuan e-Dompet RM300
  • Syarat Kelayakan untuk Bantuan e-Dompet RM300
  • Cara Memohon Bantuan e-Dompet RM300
  • Maklumat Lanjut e-Dompet RM300
  • Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya ialah bantuan e-Dompet sebanyak RM300.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan e-Dompet RM300.

Jadual waktu berbuka puasa mengikut negeri di Malaysia pada tahun 2024
10 Negara Paling Selamat Untuk Pengembara Wanita
———————————————————

Bantuan e-Dompet RM300

Dalam Bajet yang dibentangkan pada 26 November 2021, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Hidup Sejahtera Selangor atau BINGKAS.

Bantuan ini diberikan bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak jemu dalam menguruskan hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak dalam tempoh pasca pandemik.

Program ini meluaskan jangkauan dan menambah baik Program Kasih Ibu Pintar Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Pintar Selangor untuk Ibu Tunggal (KISS IT) agar manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja oleh ibu malah seisi keluarga dengan menyasarkan seramai 30,000 keluarga dengan bantuan RM 300 bagi setiap bulan bagi pembelian keperluan asas dan peralatan pendidikan.

“Program BINGKAS akan diteruskan pada 2023 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak.” Kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, ketika membentangkan bajet Selangor 2023.

Syarat Kelayakan untuk Bantuan e-Dompet RM300

Berikut adalah syarat kelayakan untuk mendapatkan bantuan:

  • Malaysia
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pengundi berdaftar di negeri Selangor
  • Keluarga dengan tanggungan berumur 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan

Bantuan e-dompet ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasar raya berdaftar tanpa wang tunai (cashless). Jumlah e-dompet ini akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan secara automatik.

Cara Memohon Bantuan e-Dompet RM300

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BINGKAS boleh dikemukakan secara online di sistem pendaftaran BINGKAS.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Sijil Lahir / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar dari IPTA atau IPTS (Anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Gaji / Slip Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Masyarakat seperti Adun / Ketua / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi mereka yang bekerja sendiri / menganggur)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Masyarakat seperti Adun / Ketua / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / menganggur)
  • Maklumat Lanjut e-Dompet RM300

Penafian

Kami bukan wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini adalah maklumat yang kami dapat dari laman web rasmi kerajaan atau berita. Sila rujuk pautan asal untuk maklumat lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan adalah berdasarkan maklumat semasa atau bantuan tahunan berulang.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *