Bantuan EWallet RM300 Bulanan Untuk B40

Bantuan ewallet rm300 bulanan b40

Kerajaan negeri telah melancarkan skim bantuan e-wallet khas untuk memberi bantuan kepada golongan B40. Program yang dinamakan BINGKAS itu menyediakan bantuan bulanan sebanyak RM300 melalui e-dompet dan bertujuan membantu penerima membeli keperluan asas di pasar raya atau kedai runcit berdaftar tanpa menggunakan wang tunai.

Tahun lepas, program itu menyasarkan kira-kira 30,000 isi rumah di Selangor. Permohonan masih dibuka untuk mereka yang memerlukan.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah kriteria dan syarat kelayakan bagi penerima yang layak untuk bantuan ewallet ini.

  • Rakyat Malaysia.
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih 10 tahun.
  • Pengundi berdaftar di Selangor.
  • Isi rumah dengan tanggungan 18 tahun ke bawah.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.

Cara Permohonan Bantuan Ewallet RM300

Untuk memohon bantuan e-dompet RM300, pemohon perlu menyediakan dan melampirkan dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan/atau pasangan.
  • Dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan anak atau tanggungan, MyKid atau salinan sijil kelahiran termasuk sijil anak angkat untuk pelajar yang sedang mendaftar, kad hilang upaya atau pengesahan sekolah dari IPTA/IPTS.
  • Dokumen berkaitan identiti, seperti sijil kematian ibu bapa tunggal, perceraian atau salinan laporan polis.
  • Salinan slip gaji/pencen penjawat awam atau pesara terkini.
  • Salinan Penyata EA atau dokumen KWSP pekerja swasta.
  • Pengesahan pendapatan disediakan oleh pihak berkuasa (seperti ahli majlis, Penghulu, ahli majlis atau ketua kampung) bagi individu yang menjalankan perniagaan sendiri atau tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Bantuan ini membolehkan penerima membeli barangan keperluan harian secara tanpa tunai di pasar raya berdaftar dengan bantuan e-dompet. Bantuan ini secara automatik akan memperbaharui RM300 ke dalam e-dompet penerima setiap bulan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi BINGKAS: https://bingkasselangor.com/.

Cara Pembelian

Di bawah merupakan gambar rajah untuk cara menggunakan eWallet Bingkas di kedai-kedai :=

cara pembelian bingkas

Semakan Bantuan E-Dompet RM 300

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak status bantuan e-dompet RM300:

  1. Tekan pautan Semakan Status di sini: Semakan Status.
  2. Tekan [Log Masuk].
  3. Isikan nombor telefon yang didaftarkan dalam aplikasi SELANGKAH.
  4. Masukkan kata laluan yang betul.
  5. Lawati bahagian semakan untuk melihat status permohonan anda.
  6. Selesai.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai BINGKAS, sila rujuk portal rasmi BINGKAS

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *