Bantuan Kewangan RM250 Hingga RM500 Secara Tunai Kepada Yang Mohon

Bantuan Kewangan RM250 Hingga RM500 Secara Tunai Kepada Yang Mohon

Bantuan Kewangan RM250 Hingga RM500 Secara Tunai Kepada Yang Layak .Bantuan ini sudah lama diberikan kepada yang layak namum mempunya syarat tertentu sebelum diberikan bantuan setiap bulan.

Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah sebuah pemberian bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara

BAP juga bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Kadar Bantuan

Kadar bagi BAP ialah minimum sebanyak RM250 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Bantuan Anak Pelihara (BAP).

Segala maklumat tentang bantuan ini boleh dirujuk pada portal rasmi berkenaan https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/bap agar segala maklumat yang dikongsikan dapat membantu memohon bantaun yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.

 

Kelayakan

  • Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:
  1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa; atau
  3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
  1. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
  2. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001

Cara mohon

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara:

  1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
  2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak

 

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:

  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  4. Salinan penyata gaji (jika ada); dan
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

Borang Berkaitan Bantuan

Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:

  1. BORANG PERMOHONAN JKM 18 (2022)(1)
  2. BORANG KAJI SEMULA

 

 

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *