Bantuan Lesen Tahun 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Bantuan Lesen Tahun 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Bantuan Lesen 2024 (MyLesen) – Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan meneruskan Program MyLesen B2 bagi tahun 2024.

Program ini akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan . Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

Jabatan Pengangkutan Jalan telah ditubuhkan yang bertujuan menyelaras segala aspek berkaitan pengangkutan bagi seluruh negeri. Sehubungan dengan penubuhan jabatan ini, pelbagai akta berkaitan Pengangkutan Jalan telah digubal seperti Ordinan Lalulintas Jalan tahun 1958 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ini bertujuan bagi menyeragamkan undang-undang pengangkutan negara di samping menjadi landasan kepada JPJ melaksanakan tanggungjawabnya. Ekoran wujudnya kemajuan dalam sistem pengangkutan negara yang ketara pada tahun 1980, JPJ kian terbeban dengan pelbagai tanggungjawab dalam meningkat mutu perkhidmatannya.

Selaras dengan itu, penyusunan semula struktur dalaman jabatan telah dilakukan bagi meningkatkan kecekapan agar bersesuaian dengan keperluan dan kepentingan semasa. Akibat wujudnya kepelbagaian fungsi dalam setiap bahagian yang terdapat dalam jabatan ini, maka pelbagai inovasi telah diwujudkan bagi meningkatkan mutu kecekapan dalam perkhidmatan.

Bantuan Lesen Memandu 2024

Bantuan Lesen Memandu atau MyLesen tahun 2024 adalah bantuan yang diberikan kepada golongan B40 dari seluruh negara. Melalui bantuan ini, golongan yang layak akan mendapatkan lesen motosikal secara percuma.

Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menjana pendapatan apabila sudah mempunyai lesen kenderaan.

Program MyLesen kali ini terhad kepada 35,000 orang yang terawal sahaja dan tarikh tutup bagi penyertaan adalah sehingga kuota dipenuhi.

Syarat Kelayakan Bantuan Lesen Memandu 2024

Syarat kelayakan dan permohonan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu
  • Bebas daripada senarai hitam (JPJ, PDRM, & Mahkamah)
  • Penerima bantuan kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN) dan Golongan B40
  • Tanggungan kepada penerima bantuan layak memohon

*Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.

Borang Pendaftaran Online Bantuan Lesen Memandu

Untuk mendaftar sila scan QR code dalam poster di bawah atu klik “MOHON SEKARANG” melalui pautan yang disediakan:

Maklumat Lanjut

Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah Program MyLESEN?

Lesen memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c)

Dimanakah peserta boleh membuat pendaftaran bagi Program MyLESEN?

Penyertaan tidak terbuka dan hanya ditawarkan kepada penerima bantuan Kerajaan seperti eKasih / JKM / JAKOA / Zakat / Baitulmal / LHDN / B40

Adakah peserta akan ditawarkan pekerjaan selepas selesai mendapatkan Lesen Memandu?

Tidak

Berapakah kos bayaran bagi Program MyLESEN?

Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian (termasuk ulangan) adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh setiap peserta untuk menjalani latihan dan ujian memandu bagi Program MyLESEN?

Peserta perlu menjalani kesemua modul kurses, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:

1. Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
2. Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
3. Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
4. Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
5. Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
6. Ujian JPJ

Di manakah peserta perlu menjalani latihan dan ujian memandu bagi memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2?

Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Insititut Memandu yang telah ditetapkan oleh JPJ sahaja

Adakah peserta dibenarkan untuk bertukar ke Institut Memandu (IM) lain setelah berjaya menjalani sebahagian daripada latihan yang ditetapkan atatu dibenarkan untuk berhenti daripada meneruskan latihan dan ujian?

Tidak. Peserta perlu menghabiskan latihan dan ujian di IM yang didaftarkan dan tidak dibenarkan untuk bertukar ke IM lain.

Peserta adalah tertakluk kepada syarat-syarat program yang ditetapkan melalui surat Aku Janji bagi memastikan komitmen

Adakah kos-kos lain yang tidak termasuk di dalam pakej yuran Program MyLESEN B2 akan turut ditanggung oleh pihak Kerajaan?

Tidak. Kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan, penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.

Apakah yang menyebabkan Peserta dikeluarkan daripada menyertai Program MyLESEN?

Peserta gagal untuk menamatkan program dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu tiga (3) bulan.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan berhubung pelaksanaan program MyLESEN, apakah sumber yang boleh dirujuk?

Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan program MyLESEN boleh dikemukakan kepada JPJ negeri yang berdekatan

Adakah peserta perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai program MyLESEN?

Tidak. Namun peserta perlu membuat pegesahan kesihatan kendiri melalui Borang Perakuan Kesihatan Calon yang telah disediakan.

Adakah Orang Kurang Upaya (OKU) dibenarkan untuk menyertai Program MyLESEN?

OKU yang dibenarkan adalah bagi kategori berikut sahaja yang tidak melibatkan sebarang pengubahsuaian kenderaan iaitu:

– Pendengaran
– Pertuturan
– Pembelajaran

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *