Bantuan RM100 Dikreditkan Dalam MyKad Setiap Bulan

Bantuan RM100 Dikreditkan Dalam MyKad Setiap Bulan

Bantuan bulanan sebanyak RM100 dimasukkan ke dalam Mykad. Ianya merupakan satu bantuan yang baru diperkenalkan oleh kerajaan Madani bermula tahun 2023. Madani Malaysia adalah berasaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, kreativiti, rasa hormat, keyakinan dan budi bahasa.

Oleh itu, kerajaan Madani telah bertekad untuk menoktahkan dan membasmi kemiskinan di Malaysia dengan menyediakan pelbagai bantuan dan inisiatif serta subsidi bersasar seperti PADU khas untuk merancakkan ekonomi rakyat Malaysia.

Bantuan MySara RM100 Sebulan

SARA ialah bantuan kerajaan yang menyediakan bantuan berjumlah RM100 sebulan/ RM1200 setahun kepada penerima Sunbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori miskin tefar, menurut data eKasih.

Melalui SARA, individu yang layak akan menerima sumbangan RM100 dalam MyKad masing-masing SETIAP BULAN, yang boleh digunakan untuk membeli barangan makanan asas di pasar raya/kedai runcit yang ditetapkan di seluruh negara.

Syarat kelayakan

  • Rakyat Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima eKasih Miskin Miskin dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
  • Menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 untuk Kategori Warga Emas Keluarga, Bujang dan Tanpa Pasangan.
    kaedah pembayaran

Semakan Bantuan

Sila semak juga senarai nama penerima bagi bantuan RM100 ini. Bagi penerima yang layak dengan bantuan SARA ini, sila buat semakan secara online di portal rasmi MyKasih :

  1. Pergi ke website https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  2. Sila tekan butang Semak Status
  3. Masukkan kad pengenalan anda tanpa (-)
  4. Masukkan perkataan captcha yang betul mengikut imej yag diberikan
  5. Klik butang Semak

Semak mykasih

Maklumat lanjut

Untuk butiran lanjut mengenai SARA, sila rujuk portal rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI

  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *