Bantuan Tunai Budi MADANI RM200 Akan Dikreditkan Minggu Depan

Bantuan Tunai Budi MADANI RM200 Akan Dikreditkan Minggu Depan

Bantuan Tunai Budi MADANI RM200 Akan Dikreditkan Minggu Depan. Untuk pengetahuaan anda semua ia merupakan penyasan subsidi bahan api diesel melibatkan pemilik kenderaan diesel pensendirian individu, petani kecil, pekebun kecil komoditi serta pengangkutan barangan darat di Semenanjung Malaysia.

Bantuan Tunai Budi MADANI

KUALA LUMPUR: Lebih 30,000 individu, petani dan pekebun kecil komoditi akan menerima bantuan subsidi tunai BUDI MADANI berjumlah RM200 pada Isnin ini, bagi membantu mengurangkan tekanan kenaikan kos sara hidup.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, semua 30,000 permohonan yang diluluskan itu melalui tiga bahagian bantuan BUDI MADANI akan menerima wang subsidi terbabit melalui akaun bank penerima.

“Penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia.

“Bagi membendung kenaikan kos sara hidup, kerajaan akan terus menyediakan subsidi diesel bersasar kepada kenderaan pengangkutan awam dan kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu.

“Sementara bantuan tunai RM200 disediakan kepada individu, petani dan pekebun kecil komoditi yang layak,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

BUDI MADANI ialah usaha kerajaan memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak, terbahagi kepada bantuan individu (BUDI Individu), petani serta pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) dan syarikat serta kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel).

Di bawah Belanjawan 2024, kerajaan komited untuk menyasar semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan, penyelewengan dan ketirisan subsidi rakyat.

Dianggarkan seramai 300,000 pemilik kenderaan diesel persendirian individu di Semenanjung Malaysia layak untuk menerima BUDI Individu.

Sementara itu, seramai 68,000 petani, 8,000 penternak dan 34,000 pengusaha akuakultur dengan skala kecil berkelayakan menerima manfaat daripada BUDI Agri-Komoditi.

Pada masa sama, menurut Kementerian Kewangan, pemohon yang berkelayakan masih boleh mendaftar untuk menerima BUDI MADANI.

Katanya, permohonan yang dibuat dalam bulan ini layak menerima bayaran untuk bulan berkenaan dan bulan seterusnya.

“Permohonan yang dibuat selepas Jun 2024 hanya layak menerima bayaran yang bermula pada bulan Julai 2024 dan tidak akan mendapat bayaran untuk Jun 2024.

“Berdasarkan data permohonan setakat ini, majoriti pemohon yang tidak diluluskan adalah atas sebab tidak memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan.

“Sebagai contoh, terdapat pemohon petani dan pekebun kecil yang tidak berdaftar di kementerian yang berkaitan,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Semakan Pemohonan

Bagi pemohon individu yang tidak diluluskan, mereka boleh membuat semakan permohonan serta mengemukakan rayuan di laman sesawang BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my.

Maklumat Lanjut

Sila layari https://budimadani.gov.my
talian bantuan BUDI MADANI di nombor 1-800-88-2747 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566
e-mel diĀ budimadani@treasury.gov.my.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *