Bantuan Tunai RM500 KIRWAS : Syarat & Panduan Mohon Bantuan

Bantuan Tunai RM500 KIRWAS : Syarat & Panduan Mohon Bantuan

Bantuan Tunai RM500 KIRWAS : Syarat kelayakan dan panduan memohon bantuan tersebut akan dikongsikan bagi memberi kemudahan orang ramai untuk memohon bantuan tersebut. Untuk makluman, program khas berbentuk bantuan kewangan ini adalah salah satu inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri pada tahun ini bagi membantu mereka yang memerlukan.

BANTUAN TUNAI RM500 KIRWAS

Kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWAS). Inisiatif istimewa ini ditawarkan kepada golongan wanita khususnya yang berstatus ketua isi rumah atau ibu tunggal.

Perlaksanaan program bantuan ini dikendalikan oleh pihak Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) pada tahun 2024. Permohonan adalah salah satu inisiatif  bagi bantuan khas yang mana ianya permohonannya sudah dibuka dan boleh dimohon oleh mereka yang berkelayakan.

Tujuan utama bantuan ini diadakan adalah bagi mengurangkan beban dan mengembangkan peluang ekonomi kepada para wanita. Dengan adanya insentif ini dapat meningkatkan taraf hidup dan memberi peluang kepada wanita untuk berdikari dalam kehidupan berkeluarga.

Kepada pemohon yang lulus, mereka akan menerima bantuan berjumlah RM500 dan pemberian adalah secara sekali bayar (one-off). Untuk makluman umum, permohonan bantuan KIRWAS kini telah dibuka bermula 25 Jun 2024.

SYARAT LAYAK MOHON BANTUAN KIRWAS RM500

Untuk kemukakan permohonan bantuan khas ini, pemohon perlu memenuhi kriteria syarat kelayakan asas yang ditetapkan seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan keatas
  • Pendapatan isi rumah diantara RM1,169 hingga RM4,849
  • Penerima bantuan bulanan JKM tidak layak mohon
  • Pemegang kad pengenalan berstatus ‘K’ atau pasangan kepada pemegang kad pengenalan ‘K’

Kepada pemohon, anda disarankan sediakan dokumen penting yang berkaitan bagi memudahkan urusan pentadbiran untuk membuat semakan permohonan.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN KIRWAS

Bagi mereka yang menepati syarat kelayakan dan berkeperluan, permohonan bantuan RM500 one-off ini boleh dikemukakan pada tahun 2024. Panduan lengkap dan cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – KIRWAS 2024

Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWaS) adalah salah satu daripada bantuan Kerajaan Sarawak untuk golongan sasar iaitu usahawan ketua isi rumah wanita dan/atau ibu tunggal dalam kategori miskin tegar berpendapatan RM1,298.00 dan ke bawah.

Permohonan Bantuan KIRWaS adalah dengan mengemukakan Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan kepada JWKS  secara atas talian.

Pemantauan pendapatan akan dibuat selama enam (6) bulan dari tarikh penerimaan bantuan.

MAKLUMAT TAMBAHAN

i. Ibu Tunggal merujuk kepada:
a) ibu yang telah bercerai; atau
b) balu; atau
c) wanita yang mempunyai anak jagaan yang berdaftar.

ii. Ketua Isi Rumah Wanita (sole bread winner of family)
– Ada suami namun suami tidak berdaya untuk bekerja

Senarai salinan dokumen (DISAHKAN):
– Salinan fotostat kad pengenalan pemohon. (WAJIB)

– Muka Depan Buku Bank atau Salinan Penyata Akaun Bank (Mesti jelas maklumat pemegang akaun seperti nama penuh, nama bank, no. akaun bank).  (WAJIB)

– Salinan penyata gaji/ pencen/ Surat atau Borang Pengesahan Pendapatan pemohon terkini.  (WAJIB)

– Sijil Cerai atau Sijil Kematian atau Surat Pengesahan sebagai Ketua Isi Rumah yang disahkan oleh Ketua Kampung/Ketua Kaum/pegawai yang boleh     mengesah (Sila Rujuk Syarat Permohonan).  (WAJIB)

– Salinan Sijil pendaftaran perniagaan/ lesen & permit perniagaan pemohon. (sekiranya ada, jika tiada tidak perlu)

– Dokumen-dokumen lain yang berkaitan (Contoh: Surat Pengesahan Bujang namun mempunyai anak Jagaan/Surat OKU/etc)
 (Sila pastikan salinan dokumen adalah JELAS dan BOLEH DIBACA)

Pegawai Seranta:
1. Puan Nur Diana
2. Cik Sharifah Nurul Fatihah
3. Puan Vivian Tsai Pei Chin
No. Tel: 082-512666
Email: bantuankirwas@gmail.com 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *