Cara Mohon & Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas RM500 Setiap Bulan

Cara Mohon & Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas RM500 Setiap Bulan

Cara Mohon & Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas RM500 Setiap Bulan secara automatik kepada pemohon yang layak pada tahun ini. Inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan insentif dibawah Belanjawan 2024. Tujuan utama adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Bantuan Warga Emas

Kerajaan menerusi agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah program skim insentif yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas. Atas keprihatinan pihak kerajaan, perlaksanaan pemberian bantuan khas ini masih diteruskan bagi sesi tahun 2024.

Program bantuan istimewa ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak JKM dan mereka yang berkelayakan, permohonan masih dibuka. Tujuan utama insentif bulanan ini diadakan adalah bagi membantu meringankan beban bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti.

Kadar bayaran bantuan tunai BWE adalah bernilai RM500 seorang sebulan, pengkreditan akan disalurkan secara bulanan. Di bawah dikongsikan butiran berkenaan syarat kelayakan dan panduan permohonan bantuan BWE tahun ini.

Baca juga Disini –> Bantuan Sumbangan Asas Rahmah RM150-RM1200 Untuk Penerima STR 2024

 

Syarat Kelayakan

Antara beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi adalah seperti berikut :

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  2. Bermastautin di negara ini
  3. Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
  4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  5. Pemohon tidak tinggal di mana-mana institusi kendalian JKM
  6. Tidak menetap di pusat jagaan harian yang memberi kemudahan dan perkhidmatan secara percuma
  7. Perlaksanaan program bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama antara pihak kerajaan persekutuan dan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia dibawah senarai 3 – Jadual kesembilan senarai perundangan.

Cara Mohon

Untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan, pendaftaran permohonan bagi mendapatkan manfaat RM500 sebulan boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BWE 2024

Dokumen Sokongan:

  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  4. Salinan penyata gaji (jika ada); dan
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan; atau
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *