Bantuan Warga Emas RM500 Tahun 2024 : Ini Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Bantuan Warga Emas RM500 Tahun 2024 : Ini Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Bantuan warga emas akan diteruskan untuk tahun 2024. Untuk makluman, bantuan ini diuruskan oleh JKM iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.

Berikut dikongsikan maklumat penuh tentang bantuan ini.

Bantuan Warga Emas RM500

Bantuan warga emas ini diberikan bertujuan untuk membantu warga emas yang sangat miskin (yang memenuhi kriteria) meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan mereka.

Syarat Kelayakan untuk Bantuan Warga Emas

Mereka yang ingin memohon bantuan warga emas hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan seperti berikut:

  • Pemohon adalah warganegara dan pemastautin Malaysia
  • Warga emas atau warga emas berumur 60 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Kemiskinan Isi Rumah Semasa
  • atau Purata Semasa PGK Miskin Per Kapita.
  • Warga emas yang tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / kediaman yang menyediakan perkhidmatan percuma

Mana-mana kes yang perlu, wajar dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
NOTA: Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Serentak antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Memohon Bantuan Warga Emas

Cara memohon bantuan warga emas adalah seperti berikut:

Menghadiri pejabat JKM berhampiran dengan membawa borang dan dokumen sokongan yang berkaitan.

Borang berkaitan:

Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
Borang JKM 20 (Borang Semakan Bantuan) – Muat Turun

Dokumen sokongan:

  • Kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Dan dokumen lain yang berkaitan

INFO: Setiap permohonan bantuan warga emas yang didaftarkan akan disiasat untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan pemohon menerima bantuan. Perkara ini adalah mengikut prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukannya hak

Maklumat Lanjut tentang Bantuan Warga Emas

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan warga emas, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau datang terus ke pejabat JKM berhampiran anda.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *