Belanjawan 2024 Negeri Sembilan : Skim Sejahtera Rakyat

Belanjawan 2024 Negeri Sembilan : Skim Sejahtera Rakyat

Hasil dari Belanjawan 2024 Negeri Sembilan yang telahpun dibentangkan tempohari, rakyat Negeri Sembilan yang melengkapi kriteria yang telah ditetapkan adalah layak untuk mendapat beberapa manfaat menerusi Skim Sejahtera Rakyat.

Antara kandungan Belanjawan Negeri Sembilan 2024 yang bakal dilaksanakan ialah Skim Sejahtera Rakyat, iaitu dengan peruntukan sejumlah RM29.75 juta.

Skim bantuan ini adalah selari dengan janji yang pernah diwar-warkan oleh kerajaan PH-BN semasa PRN terdahulu, iaitu menerusi slogan kata Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan.

Golongan Yang Disasarkan

Yang menariknya, Skim Sejahtera Negeri Sembilan ini akan menawarkan manfaat bagi 8 golongan tersasar iaitu:

  • Kanak-kanak/bayi
  • Pelajar Sekolah
  • Siswa
  • Siswazah
  • Kumpulan Belia
  • Ibu tunggal
  • Golongan Warga Emas (berusia 70 tahun ke atas)
  • Pengurangan Kos SaraHidup (Keluarga Termiskin e-Kasih)

Jumlah Peruntukan

Pecahan untuk jumlah peruntukan bagi setiap kategori yang layak di bawah Skim Sejahtera Rakyat Negeri Sembilan adalah seperti berikut:

Syarat Kelayakan Umum

  • Permohonan hendaklah dilakukan kecuali para penerima yang layak disenaraikan dalam e-Kasih
  • Hanya dikhususkan bagi pengundi yang berdaftar di Negeri Sembilan sahaja
  • Menyediakan dokumen pengesahan dan pembuktian yang diperlukan (sekiranya berkaitan)

Lapan Manfaat Yang Ditawarkan

  1. Bayi/Kanak-kanak : Caruman Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak RM100 seorang bagi setiap kelahiran baru anak-anak di Negeri Sembilan
  2. Pelajar Sekolah : Bantuan/Insentif untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh, berjumlah RM300
  3. Siswazah : Insentif RM5000 bagi Anugerah Khas untuk siswazah yang menamatkan pengajian mereka dengan keputusan Ijazah Kelas Pertama (di Institusi Pengajian Awam)
  4. Siswa : Insentif/Bantuan Khas untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam berjumlah; RM1000 (untuk Ijazah Sarjana Muda), RM750 (untuk Diploma) serta RM500 (untuk Sijil)
  5. Belia : Bantuan/insentif perkahwinan berjumlah RM500 bagi anak negeri (rakyat Negeri Sembilan) yang mendirikan rumah tangga buat kali pertama
  6. Ibu Tunggal : Sumbangan/bantuan Keceriaan Tahunan (secara one-off) berjumlah RM200 bagi Ibu Tunggal yang tersenarai dalam e-Kasih
  7. Warga Emas (umur 70 tahun ke atas) : Sumbangan/bantuan Keceriaan Tahunan (secara one-off) berjumlah RM200 bagi pemohon warga emas dimana merupakan pengundi yang berdaftar di Negeri Sembilan, yang memiliki pendapatan tidak lebih daripada RM3000
  8. Pengurangan Kos Sara Hidup (Keluarga Termiskin e-Kasih) : Sumbangan/bantuan “Food Bank” bagi keluarga termiskin dalam senarai e-Kasih

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *