Cara Buat Ayam Percik Pasar Malam

Cara Buat Ayam Percik Pasar Malam

Cara Buat Ayam Percik Yang Mudah.

Ayam adalah salah satu sumber protien yang baik untuk dimakan. Pelbagai jenis resepi dikongsikan untuk memasak ayam sehingga ayam menjadi sumber protien yang paling popular di Malaysia . Ayam goreng , kukus , sup dan bakar adalah antara menu yang sering dimakan dan dimasak seisi keluarga.

Ini adalah salah satu menu saya kongsikan dan pastinya menjadi kegemaran kami sekeluarga.

Bahan-bahan untuk masak ayam bakar

  • 1 ekor ayam, dipotong 8
  • Bahan untuk kisar halus (perapan):
    • 6 ulas bawang merah
    • 1 batang serai
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 sudu kecil garam
    • 2 inci halia
    • serbuk kunyit

Bahan untuk masak kuah percik

  • Bahan untuk dikisar halus
    • 1 batang serai
    • 2 cm halia
    • 4-5 tangkai cili kering
    • 8-10 ulas bawang merah
    • kacang tanah yang sudah goreng
  • Bahan lainĀ 
    • 2 – 3 kotak santan
    • 1 keping gula kabung
    • garam secukup rasa
    • gula secukup rasa
    • sedikit asam jawa

Cara Penyediaan

Ayam:

  • Perap ayam yang sudah dibersihkan dengan bahan kisar halus di dalam peti ais selama 1 jam atau lebih . Lagi lama diperap lagi sedap.
  • Bakar ayam menggunakan arang atau bakar diatas dapur sahaja.Boleh juga gunakan air fryer atau oven untuk lebih memudahkan kerja.

Kuah PercikĀ 

  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dikisar sehingga pecah minyak lalu tambahkan santan , garam gula dan air asam jawa mengikut kesesuaian rasa.
  • Kacau kuah sentiasa agar tidak berketul dan masak seketika lalu boleh dihidangkan.
  • Setelah ayam siap dibakar celupkan ayam bakar ke dalam kuah percik dan siap untuk dimakan bersama keluarga tercinta.

Nota

  • Boleh tambahkan cili kering jika sukakan kuah yang lebih pedas daripada biasa.
  • Jika tiada gula kabung boleh gunakan gula merah atau gula biasa sahaja.
  • Kacang adalah pilihan , jika tidak sukakan kacang atau alergik boleh elakkan menggunakan kacang namun tidak perlu risau kerana kuah percik masih sedap tanpa kacang.
  • Ayam boleh dimasak mengikut citarasa masing – masing namun ayam yang dibakar menggunakan arang memberikan aroma dan rasa yang luar biasa .

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *