Cara Masak Siakap 3 Rasa Ala Kedai Thailand

Cara Masak Siakap 3 Rasa Ala Kedai Thailand

Cara Masak Siakap 3 Rasa Ala Kedai Thailand.

Ikan adalah salah satu sumer protien yang baik untuk tubuh badan. Pelbagai jenis masakan yang boleh dimasak dengan bahan mentah ini dan ianya banyak dikongsi di media sosial agar orang ramai boleh merasai masakan sendiri dengan cara yang berbeza.

Kali ini , resepi  yang dokongsikan adalah ikan 3 rasa yang sangat terkenal di semua kedai makan tomyam dan Thailand . Menu ini sangat digemari ramai namun harganya yang mahal membuatkan rasa yang mencuba untuk memasaknya dirumah.

Beza kuah 3 rasa dengan masam manis ialah, kuah masakan 3 rasa ni lebih pekat, pedas dan lebih sarat dengan pelbagai bahan yang beraroma, contohnya serai, daun limau purut dan juga ketumbar, berbanding kuah sweet sour yang lebih ringkas, dan lebih manis dari pedas.

Bahan-bahan untuk kuah 3 rasa:

4 sudu besar minyak masak

3 ulas bawang putih

1 inci halia

½ biji bawang holland

Sedikit capsicum

1 batang serai (serai diketuk)

2 pokok ketumbar

1 biji tomato

2 sudu besar sos tiram

3 sudu besar sos tomato

1 sudu besar kecil sos cili

1 mangkuk nenas didadu

4 tangkai cili padi

2 tangkai cili merah

1 sudu besar cili kisar

1 sudu besar sos ikan

Garam, secukup rasa

1 sudu kecil gula perang

3 helai daun limau purut

Sedikit perahan jus limau nipis

Sedikit air, untuk lebih berkuah

Bahan-bahan untuk ikan siakap

1 ekor ikan siakap ( dikelar )

Sedikit garam

Sedikit serbuk kunyit

Tepung jagung secukupnya

Bahan-bahan untuk hiasan:

Daun ketumbar

Daun salad

Hirisan nenas

Cara Penyediaan Kuah 3 Rasa

Panaskan minyak, tumis cili kisar , bawang putih dan halia cincang serta bawang holland yang dipotong  dadu. Kacau sehingga naik bau.

Masukkan sedikit capsicum, hirisan nipis serai, akar dan batang ketumbar serta tomato yang dipotong dadu. Gaul sehingga tomato kelihatan sudah lembut.

Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, nanas yang dipotong didadu, cili padi, cili merah dan sedikit air sebagai kuah.

Tambah sos ikan, garam secukup rasa, gula perang dan hirisan daun limau purut.

Masukkan sedikit perahan jus limau nipis dan kacau seketika lalu tutup api.

Cara Penyediaan Ikan Siakap 

Kelar isi ikan pada kedua belah bahagian.

Gaul ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, lalu salutkan dengan tepung jagung sehingga sebati pada semua bahagian.

Panaskan minyak dan goreng ikan siakap sehingga garing kedua belah bahagian.

Masukkan ikan yang sudah digoreng kedalam pinggan besar dan tuang kuah 3 rasa diatas ikan dan hias dengan taburan daun ketumbar, hirisan nenas dan lapisan daun salad.

Kemudian, ikan siakap 3 rasa sudah siap untuk dihidang bersama nasi panas dan tomyam.

Pesanan

Selain daripada ikan siakap boleh juga menggunakan ikan lain mengikut citarasa masing – masing . Boleh juga menggunakan ayam dan daging untuk kepelbagaian menu 3 rasa.

Ikan perlulah disalut tepung sebelum digoreng supaya lebih garing dan tidak mudah hancur semasa proses menggoreng.

Jumlah cili kisar dan cili lain boleh dikurangkan jika tidak sukakan masakan yang pedas.

Bahan lain juga boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing – masing.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *