Ini Cara Mohon Bantuan Sara Hidup 2024 Yang Rasmi : Daftar Sekarang

Cara Mohon Bantuan Sara 2024

Bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup sehari-hari rakyat Malaysia, Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Sara sepanjang tahun 2024 kepada hampir 60% rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Bantuan Sara yang disalurkan adalah sehingga RM1,200 setahun melalui Mykasih Foundation.

Bagaimanakah cara mohon bantuan sara hidup? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

KADAR BANTUAN SARA 2024

Cara Mohon Bantuan Sara 2024

Kerajaan telah menetapkan kadar jumlah bantuan mengikut kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI MISKIN TEGAR :

  • Isi Rumah berpasangan atau ibubapa tunggal yang mempunyai anak akan menerima RM1,200 setahun.
  • Warga emas tiada pasangan juga akan menerima RM1,200 setahun.
  • Bujang yang berpendapatan rendah / OKU akan menerima RM600 setahun.

KATEGORI MISKIN E-KASIH :

  • Isi Rumah berpasangan atau ibubapa tunggal yang mempunyai anak di bawah data e-Kasih akan menerima
  • RM1,200 setahun.
  • Warga emas tiada pasangan di bawah data e-Kasih juga akan menerima RM1,200 setahun.
  • Bujang yang berpendapatan rendah / OKU akan menerima RM600 setahun.

KATEGORI ASAS STR :

  • Isi Rumah di bawah data penerima STR yang tidak mempunyai data e-Kasih akan menerima RM300 setahun.
  • Warga emas tiada pasangan di bawah data penerima STR yang tidak mempunyai data e-Kasih akan menerima RM150 setahun.
  • Bujang yang juga penerima STR yang tidak mempunyai data e-Kasih akan menerima RM150 setahun.

KRITERIA KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN SARA HIDUP 2024

Berikut merupakan kriteria kelayakan yang diperlukan untuk memohon Bantuan Sara Hidup :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berstatus lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM)

CARA MOHON BANTUAN SARA HIDUP 2024

Ikuti cara permohonan Bantuan Sara Hidup bagi tahun 2024 :

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda () adalah mandatori diisi. Isikan Nombor MyKad Pemohon dan tekan butang [SEMAK]. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda () adalah mandatori diisi.
  4. Pemakluman mengenai Maklumat Anak (hendaklah diisi dengan tepat dan lengkap).
  5. Pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan waris dengan lengkap.
  6. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  7. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  8. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  9. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  10. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  11. Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
  12. Selesai.

TALIAN PEMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP 2024

Sekiranya anda tersenarai dalam kategori Miskin / Miskin Tegar, anda boleh memdaftar dengan e-Kasih seperti berikut :

  1. Sila hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
  2. Hubungi Talian PPN Negeri masing-masing di talian berikut :
  • PPN Perlis : 04-9731976
  • PPN Kedah : 04-7209236
  • PPN P.Pinang : 04-2185700
  • PPN Perak : 05-2497400
  • PPN Selangor : 03-55213600
  • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  • PPN N.Sembilan : 06-7659945
  • PPN Melaka : 06-3333333
  • PPN Johor : 07-2234777
  • PPN Pahang : 09-5178208
  • PPN Terengganu : 09-6272000
  • PPN Kelantan : 09-7455000
  • PPN Sarawak : 082-446582
  • PPN Sabah : 088-484800

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan dari Portal Rasmi eKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • E-mel : info@mykasih.com

Laman Bantuan MyKasih : https://www.mykasih.com.my/contact-us/

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *