Cara Mohon Rumah PPR 2024 Untuk Golangan B40 Kini Dibuka

Cara Mohon Rumah PPR 2024 Untuk Golangan B40 Kini Dibuka

Cara Mohon Rumah PPR 2024 Untuk Golangan B40 Kini Dibuka. Ini adalah salah satu inisiatif kerajaan ia merupakan program penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan perumahan golongan miskin atau berpendapatan rendah.

Jabatan Perumahan Negara ialah agensi pelaksana utama bagi projek PPR di seluruh negara di Malaysia dan berada di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Skim PPR akan memastikan semua rumah dibina mengikut perancangan dan spesifikasi reka bentuk yang sesuai untuk perumahan kos rendah. Kod ini adalah berdasarkan Piawaian Perumahan Nasional Kerajaan untuk Pangsapuri Kos Rendah (CIS2).

Permohonan Rumah PPR masih dibuka sepanjang tahun bagi setiap negeri bagi yang layak.

Rumah PPR B40

Rumah PPR B40 atau Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan inisiatif Kerajaan untuk menempatkan semula komuniti setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara, di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, berfungsi sebagai agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.

Rumah PPR B40 terbahagi kepada dua kategori, iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Kesemua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan mematuhi spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah seperti yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

Baca juga Disini –> Bantuan Tambahan RM1000 Bagi Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Kategori Rumah PPR

PPR Disewa

  • Rumah PPR B40 disewa diperkenalkan pada Februari 2002 dengan matlamat untuk menyewakannya kepada golongan sasaran, khususnya golongan berpendapatan rendah dan setinggan, pada kadar sewa sebanyak RM124.00 Sebulan.

PPR Dimiliki

  • Kerajaan juga turut melaksanakan Program Rumah PPR B40 Dimiliki dengan matlamat memberikan peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri.
  • Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Ciri-Ciri Rumah PPR

Ciri-ciri Rumah PPR bagi golongan B40 termasuk dalam perkara dibawah:

  1. Lokasi:
    • Kawasan Bandar-bandar Besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat.
    • Kawasan Pinggir Bandar: Jenis rumah teres.
  2. Saiz:
    • Keluasan tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
  3. Reka Bentuk Dalaman:
    • Binaan termasuk 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, dan 2 Bilik Air.
  4. Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai.
    • Surau/Ruang Solat.
    • Gerai Makan/Ruang Niaga.
    • Tadika.
    • Kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU).
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang.
    • Tempat Pembuangan Sampah.

Syarat Permohonan

Berikut merupakan syarat asas yang perlu dipenuhi bagi permohonan Rumah PPR B40. Syarat tambahan mungkin ditetapkan oleh Kerajaan Negeri berdasarkan keperluan yang telah disediakan.

  1. Kewarganegaraan:
    • Pemohon dan pasangan mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Umur:
    • Pemohon dan pasangan perlu berumur 18 tahun ke atas.
  3. Pendapatan Isi Rumah:
    • Pendapatan isi rumah perlu di bawah RM5,000 sebulan dan ke bawah.
  4. Status Pemilikan Rumah:
    • Pemohon dan pasangan tidak boleh pernah memiliki rumah sebelum ini.
  5. Status Perkahwinan:
    • Pemohon bujang layak memohon, walaupun keutamaan diberikan kepada isi rumah yang berkeluarga.
  6. Syarat Tambahan:
    • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Cara Mohon

Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan bertanggungjawab untuk melaksanakan dan mengisi borang permohonan.

Untuk mendapatkan maklumat secara manual, pemohon boleh menghubungi Jabatan Perancangan dan Pembangunan Projek PPR setiap negeri melalui laman web KPKT.

Bagi permohonan dalam talian, pemohon boleh memohon perumahan PPR melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) di portal TEDUH: https://teduh.kpkt.gov.my

  1. Daftar Portal Rasmi SPRN
    • Layari Portal Rasmi SPRN https://sprn.kpkt.gov.my/
    • Pemohon perlu mendaftar akaun sebelum log masuk ke SPRN.
    • Lengkapkan butiran diri untuk proses pendaftaran.
  2. Aktifkan Akaun & Log Masuk
    • Setelah berjaya mendaftar, semak e-mel dan klik pautan yang diberi untuk pengaktifan akaun.
    • Klik pada ‘Log Masuk Pemohon’ menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan tadi.
  3. Pilih Skim
    • Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan.
    • Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim.
    • Ini bagi memudahkan pemohon mengenalpasti projek yang dibuka untuk permohonan.
    • Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’ sama ada ingin memohon PPR Disewa atau PPR Dimiliki.
  4. Masukkan Maklumat Pemohon
    • Masukkan Maklumat pemohon, Maklumat Pendapatan, Maklumat Pasangan, dan Maklumat Tanggungan yang diperlukan seperti di paparan.
    • Setelah lengkap, klik butang ‘Simpan’.
  5. Pilih Projek
    • Klik pautan ‘Projek’ untuk memohon projek.’
    • Klik ikon projek yang dipapar atau menggunakan carian projek menggunakan nama projek dan negeri.
    • Klik butang “Mohon Unit Ini” untuk memohon unit PPR di dalam projek tersebut.
    • Klik butang “Ya” untuk meneruskan proses dan butang “Tidak” untuk membatalkan proses pengesahan.
  6. Muatnaik Dokumen Sokongan
    • Muatnaik Dokumen Sokongan seperti yang dipaparkan mengikut keperluan.
    • Muat naik dokumen di dalam format hanya PDF dan saiz dokumen tidak melebihi 3MB.
  7. Pengesahan & Hantar
    • Tandakan pengesahan maklumat permohonan dan klik butang “Sah & Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan.

Maklumat lanjut

Pelan PPR
03-8891 4052 (Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan)
03-8891 4278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak)
03-8891 4028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

Melalui emel
Masalah Teknikal / Sistem : teduh@kpkt.gov.my

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *