Cara Mudah Goreng Ayam Biar Rangup Seperti Ayam McD

Cara Mudah Goreng Ayam Biar Rangup Seperti Ayam McD

Cara Mudah Goreng Ayam Biar Rangup Seperti Ayam McD.

Ayam gorenga adalah salah satu makanan yang menjadi kegemaran seluruh dunia. Pelbagai cara dikongsikan untuk mendapatkan ayam goreng yang rangup dan sedap.Namun ini cara paling mudah untuk mendapatkan ayam yang rangup selepas digoreng dan kekal kriuk- kriuk selepas beberapa jam dimasak.

Tidak perlu menggunakan pelbagai bahan campuran atau tambahan untuk membuatkan ayam rangup tetapi hanya menggunakan dua bahan asas sahaja.

Bahan – bahan

  • Ayam
  • Tepung bestari spicy / ori
  • Minyak

Cara penyediaan

1. Bancuh tepung bestari dengan air. Kuantiti air dan tepung mestilah bergantung kepada jumlah ayam. Perap tepung bersama ayam selama setengah jam (lagi lama perap, lagi juicy) didalam peti ais bahagian bawah sahaja.

2. Masukkan pula tepung bestari yang tidak dicampur apa- apa ke dalam satu bekas besar bagi memudahkan salutan ayam dilakukan.

3. Ambil ayam yang diperap tadi lalu masukkan ke dalam tepung kering dan gaul rata. Tekap ayam dengan tepung supaya ayam disaluti sepenuhnya dengan tepung.

4. Dalam bekas lain, isi air sejuk dan letakkan penapis. Masukkan ayam yang bersalut tepung tadi ke dalam air dan rendam sekejap (dalam 2 saat).

5. Angkat ayam yang direndam tadi dan toskan.

6. Kemudian masukkan semula ke dalam tepung kering dan gaul rata (pastikan tepung banyak bagi memudahkan salutan tepung dilakukan).

7. Goreng ayam dalam kuali atau periuk menggunakan minyak yang banyak untuk hasilkan ayam goreng yang cantik dan masak dengan sekata.

8. Dan inilah hasilnya. Selamat mencuba!

Nota :

Gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng untuk mendaptkan kerangupan yang diinginkan.

Gunakan minyak yang baru agar ayam tidak bercampur rasa dengan minyak yang lama.

Campuran air dan tepung semasa perapan jangan lah terlalu cair atau pekat ( yang sedang2 sahaja)

Untuk mendapatkan perapan ayam yang lebih padu , cucukkan ayam dengan garpu agar perapan ayam masuk sampai ke dalam dan rasa lebih enak.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *