Cara Pengeluaran Akaun 3 KWSP Diumumkan – Semak Di Sini

cara pengeluaran akaun 3 kwsp

Cara pengeluaran akaun 3 KWSP diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP. Ahli kini boleh melakukan pindahan baki dan memohon untuk mengeluarkan wang daripada akaun 3 KWSP.

Kami kongsikan cara pengeluaran akaun 3 KWSP.

Baca juga artikel ini: Jawatan Kosong KKM 2068 Kekosongan 2024

Cara Pengeluaran Akaun 3 KWSP

  • KWSP i-Akaun
  • Pejabat KWSP

Syarat-Syarat Akaun 3 KWSP

  • Warganegara & bukan warganegara
  • Belum mencapai umur 55 tahun
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel
  • Pengeluaran pada bila-bila masa dengan had amaun pengeluaran minimum RM50.

cara pengeluaran akaun 3 kwsp

Dokumen Sokongan

Ahli tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan.

Walau bagaimanapun, ahli perlu memastikan akaun bank berstatus aktif bagi memastikan proses bayaran adalah teratur.

Pengesahan Cap Ibu Jari

Ahli tidak perlu hadir ke pejabat KWSP kerana pengesahan identiti juga boleh dibuat secara dalam talian tertakluk kepada sejarah rekod ahli dan amaun pengeluaran tidak melebihi RM30,000.

Bagi ahli yang tiada rekod pengeluaran atau maklumat akaun bank adalah berbeza dengan rekod pengeluaran terdahulu, ahli perlu mengesahkan identiti melalui:

  • Pengesahan cap ibu jari di Self-Service Terminal KWSP bagi amaun permohonan pengeluaran lebih daripada RM10,000
  • Pengesahan dalam talian tertakluk kepada amaun permohonan pengeluaran kurang daripada RM10,000.

Kaedah Bayaran Akaun 3 KWSP

Bayaran bagi pengeluaran Akaun Fleksibel akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat dipenuhi untuk memastikan urusan pembayaran akaun fleksibel berjalan lancar.

  • Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama atau syarikat).

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *