Cekodok Pisang Garing Diluar Tetapi Lembut Didalam

Cekodok Pisang Garing Diluar Tetapi Lembut Didalam

Cara Buat Cekodok Pisang Garing Diluar Tetapi Lembut Didalam. Gorengan adalah salah satu makanan yang menjadi pilihan ramai dan selalunya dimasak pada waktu pagi dan juga petang , yang mana gorengan selalunya dimakan bersama teh panas atau kopi.

Namun goreng memerlukan sukatan yang tepat dan betul agar mendapatkan rasa yang enak dan cantik bentuknya.

Bahan-bahan

  • 3 cwn pisang
  • 2 sk garam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 sb gula putih (boleh kurangkan)

Cara Penyediaan

  • Masukkan garam kedalam pisang yang dikupas kulit.
  • Lenyek pisang sehingga halus.
  • Masukkan gula lalu kacau sebati.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
  • Rehatkan adunan minimum ½ jam bagi suhu bilik atau rehatkan 3-4 jam dalam peti sejuk.
  • Panaskan minyak masak, lalu goreng adunan dan kacau sehingga warna cekodok gelap keperangan.
  • Kemudian, angkat dan toskan minyak. Cekodok pisang siap untuk dihidang.

Pesanan

  • Pastikan adunan tidak terlalu cair atau keras.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam bekas yang berisi pisang agar adunan menjadi dengan mudah.
  • Gunakan minyak masak yang banyak bagi menggoreng cekodok pisang.
  • Jangan masukkan adunan pisang terlalu penuh kuali ketika menggoreng supaya cekodok pisang masak sekata.
  • Kerapkan pusingkan cekodok semasa menggoreng supaya tekstur cekodok akan lebih garing dan tidak hangus.
  • Jika cekodok melekat semasa menggoreng, tambahkan tepung ke dalam adunan.
  • Jika cekodok tidak bulat sekata semasa menggoreng, mungkin adunan terlebih tepung.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *