Daging Masak Kam Heong Terpaling Mudah Dan Sedap

Daging Masak Kam Heong Terpaling Mudah Dan Sedap

Pelbagai jenis menu masakan yang dikongsikan di media sosial mengikut citarasa masing – masing. Walaupun berkongsi resepi yang pelbagai namum tetap menjadi pilihan ramai kerana sukakan kelainan dan keunikan dalam masakan.

Sempena hari raya korban baru – baru ini , ramai yang tidak lokek berkongsi resepi masakan masing – masing di media sosial tidak kira di facebook , telegram , Ig dan juga tiktok . Ini adalah salah satu menu yang disukai orang ramai kerana kelainannya namun memberi rasa yang enak.

Bahan-bahan :
1 kg daging dipotong mengikut citarasa
2 ulas bwang besar ( hiris kasar )
4 ulas bwang putih (ketuk)
6 cili merah besar  (belah 2) 
7 cili kmpung (belah 2) jika nak pedas lebihkan cili
15 helai daun kari
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap lemak mnis
3 sudu besar kari
Minyak masak
Garam

Cara Penyediaan :

● Panaskan minyak dan tumis bawang besar bawang putih hingga wangi.
● Masukkan bancuhan kari dan daun kari dan tumis sehingga pecah minyak dan tambahkan sedikit air biasa atau air rebusan daging tadi.

● Masukkan semua jenis sos dan kicap lalu kacau sebati sehingga kuahnya agak pekat.

● Masukkan daging dan perisakan dengan garam atau serbuk perasa mengikut kesesuaian rasa. Masak seketika dan boleh tambah lagi air jika daging masih dalam keadaan liat dan susah unutk dimakan.


● Akhir sekali , setelah daging empuk dan rasa sesuai dengan tekak , masukkan cili yang sudah dipotong dua .

  • Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan dijamu bersama keluarga tercinta.

*Selain daripada daging , bahan mentah seperti ayam , udang dan juga ikan juga boleh dimasak dengan menggunaka resepi ini namun perlulah digoreng terlenih dahulu agar masakan lebih sedap namun ianya mengikut citarasa masing- masing.

*Jika meggunakan daging yang tidak lembut pastikan merebus daging terlebih dahulu dan simpan air rebusan agar bole ditambah semasa memasak menu ini.

* Bagi mempercepatkan daging lembut pastikan periuk ditutup semasa daging direbus.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *