e-BaucarBuku: Baucar Buku Percuma RM100

e-BaucarBuku: Baucar Buku Percuma RM100

e-BaucarBuku: Baucar Buku Percuma RM100 – Fasa Seterusnya

Sukacita dimaklumkan bahawa, semua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) layak menerima e-BaucarBuku yang bernilai RM100.Inisiatif ini dijangka mampu memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta pelajar IPT warganegara Malaysia.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.

e-BaucarBuku

e-BaucarBuku adalah merupakan sebuah inisiatif pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menerapkan budaya cintakan ilmu dan buku sekaligus dapat membugar budaya membaca terutama dalam kalangan pelajar IPT.

Para pelajar yang layak akan menerima baucar pembelian buku berjumlah RM100. Program ini dilaksanakan secara berfasa bermula 1 Jun hingga 31 Disember 2024.

KPT berharap inisiatif ini bukan sahaja dapat menyemarakkan budaya membaca, malah turut bakal merancakkan lagi industri buku akademik dan wacana ilmiah tempatan.

Mekanisme Pelaksanaan

Bagi fasa pertama, penyaluran akan dilaksanakan melalui kaedah e-baucar dan KPT akan menawarkan 50,000 e-baucar sebagai menyokong PBAKL 2024.

Penebusan kod baucar yang terjana di portal GREaT hanya sah digunakan untuk pembelian buku secara atas talian di platform BookCapital sahaja dengan setiap pelajar layak menebus baucar sejumlah RM100 bagi satu kali transaksi sahaja.

Baki baucar buku selebihnya akan disalurkan pada fasa berikutnya dengan mekanisme yang akan diumumkan kelak.

 

Semak Kelayakan

  1. Pemilihan BookCapital di bawah kelolaan Perbadanan Kota Buku yang juga merupakan penganjur bersama PBAKL 2024 adalah untuk memudahkan pengguna sepanjang berlangsungnya pesta buku ini.
  2. Penggunaan platform lain akan digunakan pada fasa berikutnya [akan diumumkan kelak].

Untuk menyemak kelayakan sama ada anda layak atau tidak menerima e-BaucarBuku, sila rujuk langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi GREaT di pautan berikut: https://great.mohe.gov.my/Voucher
  2. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan, no matrik dan jenis institusi Pengajian Tinggi >> Klik Semak Kelayakan.

Permohonan e-BaucarBuku Fasa Pertama 

Permohonan e-baucar buku fasa pertama telah pun menerima 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka. Permohonan fasa pertama ini telah dibuka pada 1 Jun 2024 yang lalu.

Cara Memohon & Menebus e-BaucarBuku

  1. Semak kelayakan di portal rasmi GREaT di pautan berikut: https://great.mohe.gov.my/Voucher
  2. Masukkan no kad pengenalan, no matrik dan jenis IPT.
  3. Kod akan dijana selepas semakan dibuat di portal rasmi GREaT.
  4. Gunakan kod tersebut untuk membuat pembelian buku di platform digital BookCapital.
  5. Sah untuk satu kali transaksi pembelian sahaja.

Tempoh Pembelian Buku

Untuk baucar buku yang telah ditebus, para pelajar boleh menggunakannya untuk membeli buku bermula 1 Jun sehingga 31 Disember 2024.

Fasa Seterusnya

Penyaluran baucar buku selebihnya akan dibuat pada fasa berikutnya dengan mekanisme yang akan diumumkan kelak.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi GREaT, atau ikuti FACEBOOK rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *