Semakan Egtukar & Pendaftaran 2024

egtukar

Egtukar (e-G Tukar), ialah sistem komunikasi guru yang diwujudkan oleh KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) sendiri. Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pertukaran guru antara sekolah dan negeri di Malaysia. Dengan eGTukar, guru boleh menghantar permohonan pertukaran sekolah ataupun negeri secara dalam talian dengan lebih teratur sepertimana sistem APDM dibangunkan.

Maksud Egtukar

Egtukar ialah modul pertukaran cikgu yang membolehkan guru di Malaysia menghantar permohonan bertukar sekolah ataupun negeri. Sistem modul ini diuruskan oleh KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) dan berperanan untuk mengurusan pengurusan sumber manusia. Melalui Egtukar ini, guru boleh memohon pertukaran ke sekolah ataupun negeri lain berdasarkan kekosongan, keperluan perkhidmatan dan syarat opsyen negeri yang dipohon. Ini adalah termasuk pertukaran antara sektor/negeri, antara wilayah dan intrarantau khusus tahun​​​

Cara Permohonan EgTukar

Proses permohonan dan pendaftaran Egtukar boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi web Kementerian Pendidikan https://epgo.moe.gov.my/

Guru-guru yang ingin bertukar sekolah ataupun negeri boleh isi borang permohonan yang terdapat dalam sistem modul eGTukar.

Tarikh akhir permohonan ini biasanya ditetapkan sendiri oleh Jabatan Pendidikan, dan guru perlu memastikan bahawa permohonan dihantar sebelum tarikh akhir yang ditetapkan. Permohonan ini dibuka pada masa-masa tertentu dalam setahun, seperti tempoh Januari dan Jun​​​.

Semakan Permohonan

Selepas menghantar permohonan, guru-guru yang telah isi permohonan boleh menyemak status permohonan melalui sistem eGTukar login https://epgo.moe.gov.my/.

Guru boleh mengetahui status permohonan yang telah dimohon sama ada berjaya atau tidak melalui website terseut dan ianya boleh dibuat secara online sahaja.

Rayuan Eg-Tukar

Untuk membuat rayuan, KPM telah keluarkan kenyataan di bahagian FAQ laman rasmi mereka.

Berikut adalah kenyataan rasmi tersebut :

“Keputusan pertukaran adalah MUKTAMAD. Tiada rayuan & pemohon dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang permohonan baru pada sesi pertukaran yang akan datang.”

Bantuan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan atau maklumat terperinci berkaitan Egtukar, anda boleh menghubungi KPM di talian nombor telefon :

+603 8884 6456

Nombor ini disediakan kepada guru khas untuk mendapatkan maklumat atau arahan lanjut berkenaan proses Egtukar.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *