Garlic Sos Buat Sendiri Je , Sedap , Jimat Dan Pastinya Halal

Garlic Sos Buat Sendiri Je , Sedap , Jimat Dan Pastinya Halal

Pelbagai jenis sos dijual dengan jenama yang berlainan tetapi rasa yang berbeza.Namun sos juga boleh dimasak sendiri dengan resepi dan bahan tambahan mengikut selera masing – masing . Kebaikkan membuat sos sendiri adalah bebas daripada bahan pengawet dan semestinya halal .

Bahan – bahan 

4 ulas bawang putih
1 biji putih telor
2 sudu besar cuka / air perahan lemon
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 cawan minyak jagung

Cara penyediaan 

  • Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar semua bahan sehingga betul – betul sebati dan kelihatan seperti mayonis.
  • Untuk sediakan sos lebih banyak gandakan jumlah bahan diatas dan kisar seperti biasa.
  • Bagi rasa yang pelbagai boleh tambahkan lada hitam atau cili sos untuk memberikan rasa yang pelbagai.
  • Mayonis yang sudah dibuat boleh disimpan di dalam peti ais selama 3 bulan.

Nota

  • Jika tidak mahu menggunakan putih telur , boleh gunakan mayonis dan campurkan dengan bahan yang lain dan kisar bersama .
  • Selain daripada mayonis , boleh juga gunakan yogurt plain untuk yang sukakan makanan healty.
  • Air perahan lemon juga boleh ditukarkan dengan air perahan limau nipis untuk rasa yang lebih masam.
  • Sos ini boleh dimakan dengan nugget , sosej dan juga gorengan yang lain.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *