Hanya jual nasi lemak RM1, peniaga dedah mampu jual hingga 1,700 bungkus setiap hari

Hanya jual nasi lemak RM1, peniaga dedah mampu jual hingga 1,700 bungkus setiap hari

Seperti yang semua sedai maklum bahawa ekonomi sekarang semakin tidak stabil yang mana kenaikan harga barang basah semakin melonjak sehingga menjejaskan semua orang termasuklah peniaga.

Namun dalam ekonomi yang masih belum meningkat , masih ada peniaga yang sanggup menjual makanan pada harga yang lebih murah dan mampu dibeli oleh semua golongan malah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Permintaan Semakin Banyak

Begitulah juga buta peniaga nasi lemak, Safiah Azlan yang pada mulanya menjual 400 bungkus nasi lemak sehari kini mampu menjual hingga 1,700 bungkus.

Harganya tetap RM1 sebungkus, Safiah pada masa sama memaklumkan dia menceburi bidang jualan makanan sejak 14 tahun lalu dan masih berada dalam bidang tersebut kerana minat yang mendalam kepada servis bidang dalam bidang itu.

Memetik Harian Metro, saban minggu permintaan untuk nasi lemak RM1 semakin melonjak kepada 700 hingga 800 bungkus setiap hari dan menyebabakan dia terpaksa membekalkan nasi lemak lebih banyak dalam satu masa.

Keuntungan yang kecil tidak pernah membuatkan dirinya mahu menaikkan harga makanan tersebut kerana ianya mempunyai permintaan yang paling banyak setakat berkecimpung dalam bidang tersebut.

“Sekarang jualan mencecah 1,500 hingga 1,700 bungkus setiap hari dan bagi menampung permintaan saya menggunakan 80 hingga 100 kilogram beras setiap hari.

“Walaupun margin keuntungan kecil namun saya tetap berpuas hati kerana dalam tempoh tujuh jam atau kurang dia mampu menghabiskan jualan,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Tetapkan had penjualan untuk jamin rasa

Bagi menjamin nasi lemak yang dimasak sentiasa dalam keadaan panas, Safiah menggunakan kaedah memasak secara berperingkat bermula 3 petang hingga ke malam.

Walaupun sangat penat kerana bekerja selama beberapa jam sehari tanpa berhenti namun dia mengakui sangat berpuas hati dan seronok kerana dapat memberikan kepusasan kepada semua pelanggan yang datang ke kedainya.

Dia juga menyediakan pelbagai jaudah lain bagi meraikan pilihan pelanggan yang pelbagai di gerainya namun tidak menjual dengan harga yang terlalu mahal dan berpatutan agar semua pelanggan berpuas hati dengan makanannya.

“Permintaan boleh mencecah hingga 2,000 bungkus sehari namun untuk menyediakan dalam jumlah itu amat meletihkan dan saya buat masa ini mengehadkan sehingga 1,700 bungkus sahaja.

“Alhamdulillah, walaupun letih kerana perlu menyediakan nasi lemak dalam jumlah yang banyak namun saya berpuas hati kerana maklum balas pelanggan amat positif terhadap harga dan rasa makanan.

“Selain ‘menu killer’ nasi lemak RM1 yang sudah mendapat sambutan ramai, saya kemudian memperkenalkan hidangan barat hanya serendah RM5.

“Tidak cukup dengan itu, mi kari dan laksa juga saya jual dengan harga RM5 namun kuantiti bahan di dalam menu itu saya lebihkan bagi memuaskan hati orang yang memakannya,” katanya.

Bantu orang ramai

Dalam pada itu, Safiah memaklumkan dia menjual pada harga rendah agar orang ramai dapat menikmati nasi lemak pada harga lebih murah namun mendapatkan rasa yang mewah kerana nasi lemak adalah salah satu makanan kesukaan rakyat Malaysai.

Malah nasi lemak juga adalah antara menu yang popular dalam masyarakat berbagai kaum dan pernah diiktaraf antara makanan yang paling sedap didunia serta diakui oleh ramai pelancong daripada luar negara.

Safiah sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada pelanggan kerana baginya kepuasan pelanggan adalah tujuan utama dia menjual makanan malah mengakui semuanya dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh untuk menyediakan makanan yang sedap dan berkualiti kepada semua yang membeli dikedainya.

“Saya masak dengan seikhlas hati, saya jaga rasa dan bahan yang dimasak supaya menepati cita rasa pelanggan dan ia tidak boleh dibuat ala kadar.

“Walaupun harga yang dijual murah namun bahan yang diletakkan di dalam masakan adalah sama seperti yang dijual dengan harga RM3 atau RM4 sebungkus,” katanya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *