Harga Emas 916 Tahun 2024: Semakan dan Harga Semasa

Harga Emas 916 Tahun 2024: Semakan dan Harga Semasa

Harga Emas 916 Tahun 2024: Semakan dan Harga Semasa. Dapatkan maklumat terkini mengenai harga semasa emas 916 untuk pembelian barangan kemas dan pelaburan anda.

Terdapat banyak gred emas dalam pasaran dan antara yang popular adalah emas 916 dan jika dibandingkan dengan emas 999, sudah tentulah emas 916 lebih murah kerana kandungan emasnya lebih rendah dan selalunya digunakan sebagai perhiasan wanita.

Emas 916 sangat popular dalam pembuatan barangan kemas yang pelbagai bentuk serta rekaan mengikut peredaran masa dan  permintaan pelanggan.

Disebabkan perhiasan ini menjadi kegilaan ramai , pembeli lebih suka menyemak harga semasa untuk mendapatkan harga emas dengan harga berpatutan dan berbaloi.

Kenali emas 916

Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au dan nombor atom 79. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial.

Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. E

Emas ialah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Piawaian emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.

Ketulenan

Nombor 916 menunjukkan terdapat 91.6% emas tulen dalam aloi.Emas 916 mempunyai nisbah 91.6 gram emas tulen 24 karat dalam 100 gram aloi (peratusan 22/24 ialah 91.6%) dan oleh itu emas 916 turut dipanggil 22 karat.

Dalam pembuatan barang kemas emas, emas 22K dianggap sebagai perkadaran yang ideal kerana emas adalah logam lembut dengan kebolehtempaan dan ketahanan yang rendah.Emas paling tulen ialah 24K tetapi ia terlalu lembut untuk dibuat barang kemas.

Manakala, apabila emas dibeli sebagai pelaburan, kualiti yang diutamakan ialah 24K , walaupun begitu, logam tulen masih akan mengandungi sejumlah kecil kekotoran malah ketulenan tertinggi emas hanya boleh menjadi 999.9 bahagian daripada 1000.

Kegunaan lain

Selain daripada dijadikan perhiasan , emas juga mempunya banyak fungsi lain seperti :

  1. Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
  2. Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
  3. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
  4. Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
  5. Asid kloraurik digunakan dalam fotografi untuk memberi ton kepada imej perak.
  6. Dinatrium aurotiomalat digunakan dalam rawatan artritis rheumatoid (diberikan secara suntikan intra-otot).
  7. Isotop emas Au-198, (separuh hayat 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
  8. Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron pengimbas.
  9. Banyak pertandingan dan penganugerahan, seperti Sukan Olimpik dan Hadiah Nobel, pemenangnya akan meraih pingat emas (manakala perak diberikan kepada naib johan, dan gangsa kepada yang ketiga.)
  10. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.

Harga Emas Semasa

Harga emas 916 untuk hari ini (10 Julai 2024) adalah RM 388  segram dan harga akan berubah dari masa ke semasa dan tidak mempunyai harga yang tetap.

Harga emas tertinggi tahun ini direkodkan pada 16 Apr 2024 manakala harga emas terendah pula direkodkan pada 4 Jan 2024.

Semak maklumat berkenaan harga emas semasa di Portal Harga Emas Semasa .

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *