Jadual Bayaran Sumbangan Asas Rahmah SARA 2024

Jadual Bayaran Sumbangan Asas Rahmah SARA 2024

Jadual Bayaran Sumbangan Asas Rahmah SARA 2024. Berikut adalah penerima Sumbangan Asas Rahmah secara berperingkat sehingga Disember tahun ini. Seperti sedia maklum, pemberian inisiatif istimewa ini sebahagian bantuan di bawah Belanjawan 2024.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024

Dalam Belanjawan Madani 2024, isi rumah dengan lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, mendapat bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tambahan RM1200.

Manakala dalam Belanjawan 2024, bantuan ini diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama – iaitu melalui MyKad.

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

 

Baca juga Disini –> Bantuan Tunai Budi MADANI RM200 Akan Dikreditkan Minggu Depan

Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

2 kategori baharu Sumbangan Asas Rahmah fasa 2 diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasib dan JKM, dan sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari serta juga layak mendapat STR hingga RM2500 (bergantung kepada bilangan anak.

Jadual Tarikh Bayaran & Penebusan Bantuan SARA

Bagi mereka yang permohonan STR diluluskan dan menepati syarat-syarat kelayakan SARA, mereka akan menerima bantuan ini bermula pada 22 Januari 2024.

Penerima yang layak kemudiannya akan diberikan penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.

Pada ketika ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas

Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah, terdapat 5 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;

  1. Semakan melalui Portal MySTR
  2. Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih
  3. Surat Pemakluman
  4. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
  5. Menghubungi MyKasih, HASIL atau MOF

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *