Kategori MySTR Fasa 3 ~ Penerima Bayaran Bantuan Tunai Bermula Hari Ini

Kategori MySTR Fasa 3 ~ Penerima Bayaran Bantuan Tunai Bermula Hari Ini

MySTR Fasa 3 : Kategori penerima bayaran bantuan tunai pada fasa seterusnya ialah belia bujang, warga emas dan isi rumah. Untuk makluman, bantuan tunai STR fasa seterusnya akan diagihkan pada Ogos 2024.

BAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR FASA 3

Program khas Mercy Cash Donation atau bantuan STR ini merupakan inisiatif di bawah Bajet 2024. Sekitar 9 juta rakyat Malaysia layak menerima bantuan tunai STR bagi sesi tahun ini melibatkan 3 kategori utama.

Untuk maklumat terkini, pembayaran bagi bantuan STR fasa pertama dan kedua telah selesai pada Januari dan April. Kini terdapat baki bayaran untuk fasa ketiga dan fasa keempat yang dijadualkan akan diedarkan pada Ogos dan November 2024.

Kategori penerima bayaran bantuan tunai fasa seterusnya iaitu fasa 3 akan melibatkan bujang, warga emas tanpa pasangan dan isi rumah. Kadar bayaran adalah berbeza mengikut kelayakan kategori dan bilangan anak tanggungan bagi setiap isi rumah/keluarga.

JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR SEMUA FASA

Untuk pengetahuan umum, kadar bayaran STR fasa 3 masih belum diumumkan oleh kerajaan. Bagaimanapun, di bawah dikongsikan kadar jumlah bayaran bantuan tunai STR bagi tahun 2024 mengikut kategori berikut:

KATEGORI ISI RUMAH/ KELUARGA (PENDAPATAN RM2,500)

  • RM1,000 : Tiada anak (0)
  • RM1,500 : Mempunyai bilangan anak (1-2)
  • RM2,000 : Mempunyai bilangan anak (3-4)
  • RM2,500 : Mempunyai bilangan anak (5 atau lebih)

ISI RUMAH/ KELUARGA (PENDAPATAN RM5,000)

  • RM500 : Tiada anak (0)RM750 : Mempunyai bilangan anak (1-2)
  • RM1,000 : Mempunyai bilangan anak (3-4)
  • RM1,250 : Mempunyai bilangan anak (5 atau lebih)

KATEGORI WARGA EMAS TANPA PASANGAN (BERUMUR 60 TAHUN KEATAS)

  • RM600

BELIA BUJANG (BERUMUR 21 KE ATAS)

  • RM350

Nota: Di atas adalah jumlah bayaran yang akan diagihkan mengikut pecahan 4 fasa pembayaran. Kadar bayaran fasa ketiga akan dikemas kini selepas pengumuman Kementerian Kewangan.

Kategori MySTR Fasa 3 ~ Penerima Bayaran Bantuan Tunai Bermula Hari Ini

SEMAK & KEMASKINI STATUS MYSTR FASA 3

Kepada penerima sedia ada, semakan status dan pengemaskinian maklumat terkini serta pendaftaran baharu masih boleh dilakukan. Untuk semakan dan butiran lengkap, sila layari portal bantuan tunai rasmi – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya dalam bentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai geran yang tersedia tahun ini dan siapa yang layak menerimanya – SEMAK DI SINI untuk maklumat lengkap.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *