Kerajaan Setuju Beri Bantuan RM700 Untuk B40

Kerajaan Setuju Beri Bantuan RM700 Untuk B40

Semakan Bantuan Kewangan RM 700. Komuniti B40 layak menuntut Bantuan Kewangan RM700 melalui program MySalam yang disediakan kerajaan. Program ini adalah sebahagian daripada skim bantuan yang diberikan kepada rakyat Malaysia secara percuma

BANTUAN KEWANGAN RM 700

Skim Perlindungan B40 ialah program Takaful PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk komuniti B40. Skim ini diuruskan oleh Tabung Amanah MySalam di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Great Eastern Takaful Berhad.

Penerima MySalam yang dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti, atau hospital angkatan tentera berhak menuntut pendapatan gantian sebanyak RM50 sehari, dengan had maksimum 14 hari atau RM700 setahun.

Skim Perlindungan Takaful MySalam B40 dirancang untuk beroperasi selama lima tahun, bermula dari 2019 hingga 2023.

Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan skim ini sehingga 2025 berdasarkan sambutan menggalakkan daripada rakyat Malaysia. Insentif seperti ini diharapkan dapat mengurangkan beban golongan yang terjejas, memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN MYSALAM

Tiada permohonan diperlukan untuk menjadi ahli MySalam, kerana kelayakan adalah berdasarkan Skim Bantuan Tunai Rakyat (BSH, BPR, BKM, dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri setiap tahun.

Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang memenuhi kriteria umur akan secara automatik layak menjadi ahli MySalam. Berikut adalah kriteria umur bagi setiap kategori:

  • Kategori Berkahwin: Individu berumur antara 18 dan 65 tahun dan pasangan mereka.
  • Bujang: Individu bujang berumur 21 hingga 65 tahun.
  • Kategori OKU: Individu berumur 18 hingga 65 tahun yang OKU.
  • FAEDAH BANTUAN MYSALAM
  • Faedah Kemasukan Hospital:

Penerima mySalam layak menerima RM50 sehari, maksimum 14 hari atau RM700 setahun jika dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti, atau hospital angkatan tentera.

Nota: Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini.

Kerajaan Setuju Beri Bantuan RM700 Untuk B40

Penerima MySalam yang disahkan menghidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang disenaraikan layak menerima manfaat RM8,000 sekali seumur hidup.

SEMAK SYARAT KELAYAKAN MYSALAM

Kelayakan adalah sepenuhnya berdasarkan Skim Bantuan Tunai Rakyat (BR1M, BSH, BPR, BKM, dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri setiap tahun.

Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang memenuhi kriteria umur secara automatik layak menjadi ahli mySalam.

SEMAKAN STATUS TUNTUTAN MYSALAM

Bagi yang layak, tuntutan boleh dibuat selagi program skim bantuan ini masih dibuka. Untuk panduan lengkap dan butiran penuh, sila layari laman rasmi MySalam.

INFO LANJUT MYSALAM BANTUAN

Mereka yang layak untuk MySalam akan menerima pemberitahuan melalui SMS. Bagi mereka yang layak tetapi tidak menerima SMS, mereka boleh menghubungi e-mel di info@mysalam.com.my atau talian MySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu untuk bantuan lanjut.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *