KWSP 2024 : Cara Pengeluaran Wang lebih RM250 Daripada Akaun 3

KWSP 2024 : Cara Pengeluaran Wang lebih RM250 Daripada Akaun 3

KWSP 2024 : Cara Pengeluaran Wang lebih RM250 Daripada Akaun 3. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 12 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.

Bagaimanapun, KWSP telah meletakkan had maksimum pengeluaran melalui akaun fleksibel adalah RM250 sahaja sehari.

Akaun 3 KWSP

Susulan itu, ahli pencarum yang ingin membuat pengeluaran wang melebih RM250 perlu melalui proses e-KYC secara dalam talian atau mengunjungi pejabat KWSP terdekat bagi pengesahan cap jari.

Untuk makluman, e-KYC adalah singkatan kepada ‘electronic Know-Your-Customer’ yang merupakan satu proses pengesahan identiti secara elektronik melalui teknologi pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-Akaun. Proses ini diperlukan bagi memastikan kesahihan identiti pemohon ditentukan terlebih dahulu sebelum akaun KWSP ahli diaktifkan.

Siapa yang perlu buat e-KYC KWSP:-

1. Ahli yang tak pernah ada rekod pengeluaran.

2. Ahli yang baru kali pertama memohon pengeluaran.

3. Ahli yang memohon pengeluaran akaun 3 (akaun fleksibel) melebihi RM250.

4. Ahli yang membuat penukaran nombor akaun bank selain daripada akaun bank yang ada dalam rekod data KWSP.

Cara Daftar

Jika belum pernah mendaftar e-KYC, anda boleh mengikuti langkah-langkah dalam infografik berikut:

 

Baca juga Disini –> Jadual Bayaran Sumbangan Asas Rahmah SARA 2024

 

Selepas selesai pendaftaran, bolehlah ikuti tutorial cara mengeluarkan lebih RM250 dari akaun 3 milik anda seperti di bawah:-

1. Log Masuk ke i-Akaun KWSP dan pergi ke bahagian Pengeluaran.

2. Kemudian pilih ‘Keluarkan Simpanan Anda’.

3. Pilih jenis pengeluaran ‘Akaun Fleksibel’.

4. Tetapkan jumlah yang ingin dikeluarkan.

5. Masukkan maklumat akaun bank.

6. Sahkan butiran pengeluaran anda.

7. Selepas itu, lakukan perakuan pengeluaran.

8. Akhir sekali, pilih ‘kaedah 1’ untuk membuat proses e-KYC.

Untuk makluman, simpanan dalam Akaun Fleksibel iaitu 10 peratus daripada caruman setiap bulan itu, boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

Pencarum dibenarkan membuat pemilihan bagi pindahan akaun hanya sekali sahaja dalam tempoh bermula 12 Mei sehingga 31 Ogos ini.

Sumber : Vocket

Maklumat Lanjut

Rujuk Disini –  https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/gambaran-keseluruhan/pendaftaran/ekyc

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *