Lepas Guna Aircond Waktu Malam Jangan Terus Tutup. Buat Cara Ini Agar Aircond Sentiasa Sejuk

Lepas Guna Aircond Waktu Malam Jangan Terus Tutup. Buat Cara Ini Agar Aircond Sentiasa Sejuk

Selalunya bila nak bersihkan penghawa dingin, kita upah orang buat.

Apa yang ramai orang tidak tahu ialah kita boleh membersihkannya sendiri dengan menggunakan alat kawalan jauh penghawa dingin.

Kaedah seperti di bawah.

Cara Bersihkan Aircond Pakai Remote

Teknik pembersihan penghawa dingin:

  1. Tetapkan mod daripada mod “Cool” kepada mod “Fan” dan tetapkan kelajuan kipas ke tahap tertinggi.
  2. Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
  3. Kemudian tutup penghawa dingin.

Mengapakah tetapkan kepada mod “Fan”?

Objektifnya untuk menetapkannya kepada mod “Fan” kerana ia tidak akan menghidupkan pemampat jadi hanya blower fancoil sahaja akan berjalan dengan baik (tidak sejuk) dan udara akan keluar.

Ianya akan mengeringkan kelembapan dalaman unit penyaman udara anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (disebabkan oleh habuk, kotoran + lembapan). Unit penghawa dingin yang dipenuhi dengan kotoran juga merupakan sebab mengapa penghawa dingin anda tidak cukup sejuk.

Baca Juga : Cara Simpan Duit Dalam Akaun Tabung Haji

Info Lanjut

Jangan lupa untuk menetapkan semula penghawa dingin anda kepada mod “cool” apabila anda menggunakannya kemudian.

Cara Penggunan Aircond Yang Betul

Penggunaan penghawa dingin yang betul amat penting untuk memastikan keberkesanan dan jangka hayatnya yang panjang.

Pertama sekali, pastikan suhu ditetapkan antara 24 hingga 26 darjah Celsius untuk penyejukan yang optimum tanpa membazir tenaga.

Bersihkan penapis udara secara berkala, sekurang-kurangnya sebulan sekali, untuk memastikan aliran udara yang lancar dan mencegah pembentukan habuk dan kotoran.

Selain itu, tutup pintu dan tingkap semasa penghawa dingin beroperasi untuk mengelakkan udara sejuk keluar dan udara panas masuk. Gunakan langsir atau bidai untuk menghalang cahaya matahari langsung yang boleh meningkatkan suhu bilik.

Akhir sekali, servis penghawa dingin secara berkala oleh juruteknik bertauliah untuk memastikan semua komponen berfungsi dengan baik dan mengelakkan kerosakan yang tidak diingini.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *