MARiiCas : Rebat Untuk Skim Motosikal Elektrik Sebanyak RM2400

MARiiCas : Rebat Untuk Skim Motosikal Elektrik Sebanyak RM2400

Kerajaan telahpun menghebahkan pengumuman mengenai pemberian bantuan/insentif khas Skim Motosikal Elektrik (MARiCass) bagi warganegara Malaysia yang layak, dalam usaha untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk membeli motosikal elektrik, berbanding motosikal petrol.

Apakah MARiiCas?

Skim Motosikal Elektrik (MARiiCas) ini merupakan satu skim rebat langganan atau pembelian motosikal elektrik dari Institut Automatif Robotik Dan IoT Malaysia (MARii) iaitu di bawah pengurusan Belanjawan 2024. Ia bertujuan untuk menggalakkan serta menarik minat rakyat Malaysia untuk beralih kepada penggunaan kenderaan elektrik, berbanding kenderaan berasaskan petrol/diesel.

Kebaikan Menggunakan Kenderaan Elektrik

  1. Membina Kelestarian Alam : Mengekalkan dan menggalakkan kewujudan ekosistem yang seimbang serta sumber daya alam  bagi satu jangka masa yang panjang.
  2. Kos Selenggara Yang Rendah : Motosikal berasakan elektrik secara amnya memerlukan kos selenggara yang jauh lebih rendah disebabkan kurangnya bahagian yang bergerak. Ia juga lebih mudah dijaga, berbanding motosikal berasaskan petrol yang dilengkapi enjin pembakaran yang lebih kompleks.
  3. Pelepasan Gas Adalah Sifar : Motosikal elektrik sudah pasti langsung tidak melepaskan atau menghasilkan gas karbon dioksida (serta gas beracun yang lain). Secara tidak langsung ia dapat menjamin udara yang berkualiti.
  4. Kos Bahan Api Yang Kurang : Pengguna motosikal elektrik bakal menikmati kos penggunaan bahan api yang rendah, kerana kos pengecasan untuk bateri elektrik selalunya jauh lebih murah berbanding daripada bahan api untuk motosikal berasaskan petrol.

Jumlah Insentif MARiiCas

Jumlah insentif bagi skim ini adalah berjumlah RM2400 dan akan diagihkan menerusi kaedah berikut:

  • Pengagihan subsidi secara rebat tunai berjumlah RM2400 untuk pembelian sebuah motosikal elektrik ; ATAU
  • Pengagihan subsidi secara rebat tunai berjumlah RM200 setiap bulan selama tempoh 12 bulan bagi pembelian motosikal elektrik secara langganan

MARiiCas

Tempoh Permohonan

Permohonan bantuan MARiiCas adalah secara dalam talian, bermula dari 8 Disember 2023- 31 Disember 2024 ATAU sehingga kuantiti terakhir motosikal elektrik (habis ditebus).

Syarat Permohonan

Untuk memohon, pastikan anda melepasi kriteria-kriteria berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang mempunyai pendapatan tahunan berjumlah RM120,000 ke bawah.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Memiliki lesen memandu motosikal (kategori B, B1 atau B2)

Untuk makluman, penebusan skim ini hanya melalui pembelian atau langganan motosikal elektrik dari pengeluar-pengeluar motosikal elektrikal yang BERDAFTAR di bawah MARiiCas sahaja.

Anda boleh melihat senarai pengeluar motosikal yang sah dan BERDAFTAR dengan mengklik pada laman web ini: https://insentif.marii.my

Cara Memohon MARiiCas

MARiiCas

Cara Memohon:

  1. Klik pada laman web https://insentif.marii.my dan terus ke pendaftaran  ID Pengguna
  2. Klik pada butang “Daftar” (untuk pengguna pertama kali). Seterusnya, boleh lengkapkan info yang dikehendaki seperti nama, nombor kad pengenalan serta maklumat diri yang lain.
  3. Anda akan menerima satu emel verifikasi. Sekiranya anda tidak menemui emel verifikasi pada tab utama emel, anda perlu menyemak dalam ruangan tab emel spam.
  4. Setelah pendaftaran selesai, anda perlu log in semula untuk meneruskan proses permohonan MARiiCas.
  5. Sila muat naik semua dokumen sokongan yang diminta.
  6. Anda perlu membuat bayaran sebanyak RM10 (bagi setiap permohonan) bagi tujuan bayaran perkidmatan serta pengesahan identiti pemohon.
  7. Anda akan menerima satu emel pengesahan permohonan.
  8. Anda boleh menyemak keputusan samada anda berjaya atau tidak, dengan log masuk semula ke link https://insentif.marii.my iaitu dalam tempoh 14 HARI BEKERJA setelah tarikh anda menghantar permohonan lengkap.

Info Lanjut

Sebarang kemusykilan dan maklumat lanjut boleh didapati di:

  • Emel ke insentif@marii.my
  • Lawati laman web MARii, www.marii.my
  • Ikuti laman media sosial Marii (Linkedln, Facebook, Youtube & Instagram), @MARiiMalaysia

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *