MySARA 2024 : Kadar Bayaran Mengikut Kategori Yang Layak

MySARA 2024 : Kadar Bayaran Mengikut Kategori Yang Layak

MySARA 2024 : Kadar Bayaran Mengikut Kategori.Belanjawan Madani 2024 telah mengumumkan langkah-langkah baru untuk membantu keluarga yang memerlukan.Keluarga dengan lima anak atau tiga anak yang berstatus miskin tegar kini layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tambahan sebanyak RM1200.

Di samping itu, bantuan ini juga akan diperluas kepada 700,000 penerima Skim Tunai Rahmah (STR), yang akan mendapat manfaat daripada RM100 setiap bulan untuk tempoh 12 bulan yang mana proses pembayaran akan dijalankan melalui sistem yang telah ada , menggunakan MyKad, bagi memudahkan pengagihan bantuan ini.

Kategori Yang Layak Menerima MySARA 2024

Isi rumah yang miskin tegar telah dikenal pasti sebagai penerima Sumbangan Tunai Rakyat (STR) tambahan sebanyak RM1200.Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyokong golongan yang memerlukan, khususnya dalam menghadapi cabaran ekonomi yang semakin meningkat.

Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Kategori & Jumlah Bantuan Asas Rahmah

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang bermula pada bulan Januari, telah memperkenalkan dua kategori baharu dalam fasa keduanya untuk membantu isi rumah miskin dan miskin tegar.

Penerima yang layak diidentifikasi menggunakan data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Isi rumah yang tergolong dalam kategori ini berhak menerima sumbangan bulanan sebanyak RM100 untuk tempoh 12 bulan.

Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sehingga RM2500, yang mana semua jumlah bantuan akan ditentukan berdasarkan bilangan anak dalam keluarga.

Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah

  1. Portal MySTR
    • Layari portal rasmi MySTR > Masukan No. Kad Pengenalan > Klik Log Masuk >  Sahkan Kunci Keselamatan > MAsukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan > Klik Bahagian Semakan Permohonan > Lihat Bahagian Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
  2. Portal MyKasih
    • Masukan No. Kad Pengenalan > Klik Semakan Status
  3. Mendapat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bahawa layak mendapat bantuan SARA
  4. Surat Pemakluman bahawa penerima layak mendapat bantuan SARA
  5. Boleh menghubungi Mykasih, HASIL atau MoF

Tarikh Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

Penerima Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 (SARA) untuk tahun 2024 kini boleh menjangkakan bantuan tambahan sebanyak RM100 setiap bulan, yang telah mula disalurkan sejak Februari 2024 dan diteruskan sehingga hujung tahun bagi tahun ini dengan jumlah yang sama akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad penerima pada hari pertama setiap bulan, selaras dengan jadual pembayaran yang telah ditetapkan.

Inisiatif ini diharap dapat meringankan beban kewangan penerima dan memberikan sokongan yang berterusan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.

Penerima yang berada di Sabah dan Sarawak akan mendapat manfaat daripada pembayaran dua kali sejumlah RM600 yang mana pembayaran pertama akan didepositkan ke dalam akaun bank penerima pada hari Isnin, 19 Februari 2024 manakala pembayaran kedua pula akan dikreditkan pada hari Isnin, 12 Ogos 2024.

Proses pembayaran ini akan dijalankan secara tunai dan boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang beroperasi di seluruh Malaysia.

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *