Daftar & Login MySTR 2024

Mystr 2024

Daftar dan Login MySTR 2024 : Kemas Kini & Pendaftaran baru kini untuk MySTR dibuka dan boleh dimohon oleh warga Malaysia untuk mendapatkan bantuan ini tahun hadapan (2024). Untuk maklumat anda, kerajaan telah bersetuju meneruskan pelaksanaan program bantuan rakyat STR untuk tahun 2024.

Pendaftaran & Kemaskini MYSTR 2024

Program bantuan tahunan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) diperkenalkan tahun ini. Pemberian bantuan inisiatif ini melibatkan majoriti golongan bujang, warga emas dan isi rumah (Miskin tegar, B40 & M40).

Untuk agihan bayaran tahun ini, ia telah pun dibayar kepada semua penerima yang layak. Kerajaan kini sudah memaklumkan tentang kandungan maklumat STR tahun depan.

Bermula pada 1 November 2023, pendaftaran baru dan kemaskini STR telah dibuka. Penerima yang sudah lulus boleh mengemas kini maklumat terkini jika terdapat sebarang perubahan info dan maklumat peribadi.

Bagi bukan penerima pula, sila daftar program STR segera untuk mendapatkan bayaran inisiatif bantuan pada 2024. Pemohon boleh menghantar permohonan baru secara dalam talian mulai hari ini.

Kadar Jumlah Bantuan MySTR 2024

Untuk maklumat anda, kerajaan perpaduan MADANI telah menaikkan jumlah kadar bantaun STR daripada RM3100 kepada RM3700 untuk tahun 2024. Kadar bayaran bergantung kepada kategori kelayakan serta bilangan anak tanggungan seperti di bawah.

Golongan ISI RUMAH (RM2,500 SEBULAN)

  • Tiada anak: Dapat RM1,000
  • 1-2 anak: Dapat RM1,500
  • 3-4 anak: Dapat RM2,000
  • Lebih daripada 5 anak: Dapat RM2,500

ISI RUMAH (RM5,000 SEBULAN)

  • Tiada anak: Dapat RM500
  • 1-2 anak: Dapat RM750
  • 3-4 anak: Dapat RM1,000
  • Lebih daripada 5 anak: Dapat RM1,250

Golongan WARGA TUA & BUJANG

  • Warga emas: Dapat RM600
  • Bujang: Dapat RM350

Maklumat: Bantuan tambahan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) akan dinaikkan kepada RM1,200 berbanding RM600 tahun ini.

JADUAL STR 2024 MENGIKUT FASA

Untuk STR tahun ini, bayaran akan dibayar secara berperingkat mengikut pada fasa pembayaran seperti di bawah.

  • STR Fasa 1 – Pada Februari 2024
  • STR Fasa 2 – Pada April 2024
  • STR Fasa 3 – Pada Ogos 2024
  • STR Fasa 4 – Pada November 2024

CARA PENDAFTARAN BARU & KEMASKINI STR 2024

Untuk mendapatkan bantuan yang disediakan pada tahun ini, pemohon boleh mengemas kini maklumat anda dan mendaftar sekarang. Cara permohonan telahpun disediakan, sila lawat portal rasmi MySTR – TEKAN SINI

INFO LANJUT

Ada banyak kemudahan dan inisiatif dalam bentuk bantuan yang sudah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban warganegara Malaysia yang tidak berkemampuan. Anda boleh semak senarai insentif yang ada dan layak mendapat – TEKAN DI SINI untuk maklumat lengkap.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *