Panduan Mohon Bantuan RM10.000 : Untuk Motosikal

Panduan Mohon Bantuan RM10.000 : Untuk Motosikal

Tahukah anda, terdapat program skim pembiayaan yang ditawarkan oleh TEKUN Nasional yang dikenali sebagai Mobilepreneur 4.0. Program ini diuruskan sepenuhnya oleh TEKUN Nasional yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Melalui program khas ini, bantuan pembiayaan diberikan kepada mereka yang memerlukan bagi tujuan membeli motosikal, membaiki motosikal dan modal pusingan. Permohonan dibuka dan keutamaan diberikan kepada mereka yang merupakan usahawan perkhidmatan penghantaran yang menggunakan kenderaan jenis motosikal.

Untuk makluman, kadar bantuan pembiayaan yang boleh dipohon adalah sehingga maksimum RM10,000. Kadar dipecahkan mengikut kategori seperti di bawah:

  • RM1000 – RM5000 : Bagi tujuan membaiki motosikal
  • RM1000 – RM5000 : Untuk modal kerja
  • RM1000 – RM10000 : Untuk tujuan membeli motosikal.

KRITERIA KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN RM10000

Beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan untuk menyertai program bantuan pembiayaan melalui TEKUN Mobilepreneur 4.0 adalah seperti berikut:

  • Bumiputera dan Warganegara Malaysia sahaja
  • Pemohon tidak muflis
  • Berumur 18 hingga 65 tahun (Tempoh kewangan berakhir sehingga 65 tahun)
  • Mempunyai lesen memandu motosikal
  • Terlibat sambilan atau sepenuh masa.
  • RAJIN MEMINTA BANTUAN PANDUAN

Bagi mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini untuk mendapatkan faedah yang ditawarkan. Panduan lengkap cara mendaftar dan memohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0

Bagi pemohon yang lulus, mereka perlu membayar balik menggunakan kaedah pilihan melalui aplikasi elektronik. Pembayaran yang mempunyai akses kepada perbankan dalam talian atau semakan tarikh tertunda, untuk maklumat lengkap sila rujuk laman web rasmi di atas.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *