Rahsia Buat Sup Tulang Sedap, Kuah Pekat. Kena Kisar 2 Bahan Ini & Tumis Sekali

Rahsia Buat Sup Tulang Sedap, Kuah Pekat. Kena Kisar 2 Bahan Ini & Tumis Sekali

Kalau nak makan sup tulang buatan sendiri yang sedap, apa kata ikut cara yang dikongsikan oleh Fazniza Razali. Admin sendiri dah cuba, memang menjadi sangat!

Bahan-bahan dan cara memasaknya mungkin sama tetapi untuk menjadikan sup tulang ini lebih sedap dan pekat, rahsianya perlu ditambah dua bahan rahsia ini, kami akan sharekan dibawah. Tak rugi belajar resepi ni, sebab nanti confirm suami atau isteri anda akan puji!

Cara masak sup tulang sedap, kuah pekat

Nak masak sup tulang lembu boleh cuba resepi ni. Yang ditunjukkan di sini dimasak secara manual. Jika anda mempunyai periuk tekanan, anda boleh menggunakannya.

Bahan A
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
Halia dalam 2 keping
1 sudu besar ketumbar.
Nota: Kisar semua bahan A hingga sebati

Bahan B
3 tangkai saderi
1 batang lobak merah
Nota: Kisar bahan B hingga hancur

Bahan C
3 batang kayu manis
bunga lawang 4 bintang
10 biji cengkih
10 biji buah pelaga
1 sudu serbuk sup
2 kg tulang
5 biji kentang (dibelah dua)
3 tangkai (dihiris)
3 biji bawang besar (potong 4)
air

Bagaimana cara untuk membuat:

1. Panaskan minyak, tumis bahan A hingga naik bau, kemudian masukkan bahan B dan bahan C, kacau rata hingga sebati dan naik bau.

Bahan kuning ialah lobak merah yang dikisar dan daun saderi

2. Masukkan air, kemudian tulang. Rebus hingga isi lembut pada tulang.

3. Jika tidak empuk, masukkan air, jika tidak empuk tambah air lagi dan seterusnya sehingga isinya lembut. Proses ini mengambil masa 1 1/2 jam juga.

4. Bila dah empuk, masukkan kentang, batang saderi dan bawang besar yang dihiris. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kali ini kita tunggu kentang empuk dalam 10 minit.

5. Bila semua dah masak bolehlah keluarkan, tabur bawang goreng dan daun sup.

Semoga berjaya.

Sumber: Fazniza Razali.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *