Ranking FIFA Malaysia Naik Mendadak Lepas Kalahkan Taipei! Ini Ranking Terkini

Ranking FIFA Malaysia Naik Mendadak Lepas Kalahkan Taipei! Ini Ranking Terkini

Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon mengekalkan rekod bersih dalam dua perlawanan terkini apabila merekodkan satu kemenangan dan satu seri dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026.

Pasukan Malaysia telah berjaya mengikat Kyrgyzstan sebelum menundukkan Chinese Taipei dengan keputusan 3-1 di padang lawan.

Pasukan Bola Sepak Harimau Malaya meraih tambahan +10.23 mata dan menjadikan mata keseluruhan kepada 1107 mata.

Kedudukan ini membolehkan skuad Malaysia memperbaiki kedudukan semasa dan naik tiga tangga ke kedudukan 135 dunia berdasarkan kemas kini terbaru ranking FIFA.

Hanya 1 Tangga Di Belakang Indonesia

Kedudukan skuad negara bagaimanapun masih di belakang Indonesia selepas skuad kendalian Shin Tae-yong memperoleh tambahan +11.72 mata.

Hal ini menjadikan mata keseluruhan yang terkumpul oleh Sang Garuda sebanyak 1108.99 mata dan menduduki tangga ke-134 dunia.

Malaysia hanya dipisahkan beberapa mata dengan 4 pasukan dalam kelompok 130 terbaik dunia iaitu Rwanda (131), Gambia (132), Solomon Islands (133) dan Indonesia (134).

Ujian berikutnya buat anak didik Kim Pan-gon adalah aksi Pestabola Merdeka dan juga Piala AFF 2024.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *