Rasmi : Bantuan Tunai Raya RM500 Dikreditkan Pada 5 April Ini

Rasmi : Bantuan Tunai Raya RM500 Dikreditkan Pada 5 April Ini
Rasmi : Bantuan Tunai Raya RM500 Dikreditkan Pada 5 April Ini

Rasmi : Bantuan Tunai berjumlah RM500 dan RM250 akan dikreditkan secara berperingkat pada 5 April (Jumaat) di seluruh negara. Untuk makluman, inisiatif khas ini adalah bantuan kewangan di bawah Bajet 2024.

RASMI: BANTUAN TUNAI AM 2024

Sempena musim perayaan yang bakal tiba, kerajaan negeri dan pusat telah melancarkan pelbagai sumbangan bantuan untuk rakyat. Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian bonus raya.

Beliau telah memaklumkan bahawa tahun ini bantuan khas kewangan aidilfitri (BKK) akan diberikan kepada penjawat awam dan pesara. Insentif tambahan ini akan dilancarkan secara berperingkat minggu ini.

Sumbangan atau bonus sempena perayaan ini adalah bagi meringankan beban perbelanjaan khususnya penjawat awam yang beragama Islam. Dengan sumbangan bantuan ini, ia membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia.

SENARAI PENERIMA BANTUAN TUNAI

Bantuan kewangan khas Aidilfitri sehingga RM500 minggu ini akan diberikan kepada kategori penerima berikut:

Penjawat awam gred 56 dan ke bawah

Pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen
KADAR BANTUAN AWAM MENGIKUT KATEGORI
Seperti yang telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, bayaran bantuan khas ini akan dikreditkan pada kadar yang ditetapkan seperti di bawah:

RM500 : Penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak
RM250 : Semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.
TARIKH AGIHAN BAYARAN BANTUAN AWAM
Tarikh rasmi pembayaran bantuan khas bonus raya ini akan mula dikreditkan pada hari Jumaat ini bersamaan 5 April 2024 di seluruh negara. Kaedah pembayaran adalah dengan mengkreditkan terus ke dalam akaun bank setiap penerima.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun memaklumkan mengenai sumbangan bonus raya ini yang akan dilaksanakan minggu ini. Insentif bantuan raya ini adalah sebahagian daripada peruntukan Bajet 2024 untuk memberi manfaat kepada rakyat.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif dalam bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak mendapat – SEMAK DI SINI untuk maklumat lengkap.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *