Resepi Ayam Buttermilk Ala Restoran Mewah

Resepi Ayam Buttermilk Ala Restoran Mewah

Resepi Ayam Buttermilk.

Ayam adalah salah satu sumber protien yang paling mudah disediakan dan dimasak malah menjadi pilihan golongan kanak – kanak , dewasa dan warga emas.

Ayam juga merupakan antara makanan wajib dalam kebanyakan diet. Manakan tidak, ia merupakan sumber protein yang bagus serta mengandungi lemak yang lebih rendah berbanding daging merah dan daging proses lain. Bahagian dada merupakan potongan ayam yang mempunyai kandungan protein terbanyak dan lemak yang paling sedikit.

Resepi ayam buttermilk adalah resepi yang sangat mudah disediakan dan enak dimakan bersama roti atau nasi putih.

Bahan-bahan

  • 2 ketul besar ayam, bahagian dada
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 4 sudu besar butter
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili padi
  • Bahan-bahan untuk buat ayam goreng tepung :
    • 3 sudu besar tepung bestari
    • 1 sudu besar serbuk kari
    • Sedikit garam
    • Air secukupnya

Cara Sediakan Ayam

  1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
  2. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air dalam satu bekas lalu kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
  3. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Cara Sediakan Kuah Buttermilk

  1. Panaskan kuali dan masukkan butter lalu biarkan ia cair sepenuhnya.
  2. Kemudian tumiskan bawang putih , cili dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan susu cair dan ayam sudah digoreng tadi.
  4. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Nota

  1. Jika tidak mahu menggunakan dada ayam , boleh gunakan bahagian tulang tapi perlulah dipotong kecik agar kuah buttermilk menyerap sepenuhnya.
  2. Jika tak mahu pedas, jangan masukkan cili.
  3. Tepung Bestari juga boleh ditukarkan dengan tepung biasa dan digoreng seperti biasa.
  4. Susu cair juga boleh digantikan dengan santan tetapi jangan gunakan terlalu banyak.
  5. Daun kari adalah bahan utama yang memberikan rasa unik pada resepi ini dan sebaiknya jangan skip bahan ini untuk mendapatkan rasa yang memuaskan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *