Resepi Kuah Laksa Guna 3 Bahan Sahaja

Resepi Kuah Laksa Guna 3 Bahan Sahaja

Resepi laksa adalah salah satu menu yang menjadi kesukaan ramai yang mana menu ini mempunyai bahan dan cara memasak yang berbeza mengikut negeri dan cara masing – masing. Salah satunya adalah laksa penang yang mana menu ini selalunya  dihidangkan bersama kuah dengan kombinasi pekat, masam, pedas, dan  beraroma.

Menu laksa selalunya menggunakan jenis ikan dan bahan – bahan yang berbeza mengikut selera masing – masing kerana tiada ketetapan dalam penyediaan menu ini, Walaupun mudah disediakan namun masih ramai yang memilih unutk makan diluar kerana merasa memasak laksa adalah melecehkan kerana memerlukan banyak bahan untuk menyediakan kuahnya dan bahan hiasan.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk direbus:
    • 1 kg selayang
    • 5 keping asam keping
    • air secukupnya
  • Bahan-bahan kisar (A):
    • 3 biji bawang besar
    • 1 sudu besar serbuk cili
  • Bahan-bahan kisar (B):
    • isi ikan kembung
    • air rebusan ikan kembung
  • Bahan-bahan kisar (C):
    • tulang ikan kembung
    • sedikit air

Bahan-bahan untuk sediakan kuah

  • 1/2 liter air
  • bahan-bahan kisar A,B,C
  • 3 kuntum bunga kantan , belah 4
  • 1 ikat daun kesum
  • asam keping
  • garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk laksa:

    • 1 pek laksa kering
    • garam
    • air secukupnya

Bahan-bahan untuk ditaburkan atas laksa

  • daun salad (hiris nipis)
  • timun (hiris nipis)
  • bawang besar (hiris nipis)
  • cili merah besar (hiris nipis)
  • kacang (hiris nipis)
  • cili padi (potong kecil)
  • limau nipis ( dibelah 2 /4)
  • telur rebus ( belah 2 )

Cara Penyediaan

  1. Rebus ikan bersama asam keping dan air secukupnya dalam anggaran 10 minit atau sehingga ikan masak dan kemudian sejukkan
  2. Ambil ikan , asingkan bahagian isi dan tulang. simpan air rebusan dan asam keping.
  3. Kisar halus bahan-bahan A,B,C. Untuk Bahan C , tapis dan ambil airnya sahaja.
  4. Masukkan 1/2 liter air dalam periuk dan masak hingga kuahnya mendidih.
  5. Masukkan bahan A,B yang sudah dikisar halus.
  6. Masukkan juga bunga kantan, daun kesum dan garam secukup rasa.
  7. Cara-cara untuk rebus laksa:
    1. Rendam laksa dalam air biasa sehingga lembut dan terurai .
    2. Tapis air rendaman dan masukkan ke dalam periuk yang mengandungi air mendidih secukupnya. Masak sehingga laksa lembut dan tapiskan sehingga kering.
  8. Cara-cara untuk condiment/bahan taburan:
    1. Taburkan hirisan daun salad, timun, bawang besar, cili padi, cili merah besar ,limau dan semuanya yang sudah disediakan.
    2. Laksa sedia untuk dihidangkan bersama kuahnya .

Tips :

Untuk yang mahu memasak dengan lebih mudah tanpa perlu merebus ikan , boleh menggunakan sardin didalam tin untuk menyediakan kuah laksa namun kuahnya diasingkan dan hanya ambil ikannya sahaja.

Selain ikan selayang , jenis ikan lain juga boleh digunakan untuk menyediakan kuah laksa seperti ikan tenggiri , tongkol , kembung dan sardin . Malah jenis ikan ini juga boleh dicampur ketika memasak kuah laksa dan akan memberikan rasa yang lebih sedap.

Boleh juga menyediakan kuah laksa dengan menggunakan pressure cooker yang mana ikan direbus selama 45 minit dan semuanya ikannya tidak perlu diasingkan isi kerana tulangnya sudah lembut dan boleh dimakan begitu sahaja.Kisar sahaja semua bahagian ikan tersebut bersama bahan lain dan kuah boleh dimasak seperti biasa.

Gunakan limau nipis kerana rasanya lebih sesuai dengan rasa kuah laksa dan lebih masam daripada limau kasturi.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *