Resepi Mee Rebus Johor Pekat Dan Menyelerakan

Resepi Mee Rebus Johor Pekat Dan Menyelerakan
Resepi Mee Rebus Johor Paling Senang Disediakan Tetapi Sangat Sedap.
Mee kuning adalah salah satu makanan yang menjadi kesukaan ramai selain nasi. Pelbagai jenis masakan yang berasaskan mee kuning seperti gorengan dan masakkan berkuah.
Antaranya adalah mee goreng mamak , mee goreng basah , mee hailam , mee rebus , mee kari dan sebagainya. Ini pula adalah salah satu menu yang terkenal di Johor tetapi menjadi kegemaran ramai juga kerana keenakkannya yang luar biasa.

Bahan-bahan : 

2 kg mee kuning – dicelur
1/2 kg daging – dihiris nipis
Bahan yang perlu dikisar halus
4 biji keledek – direbus
1 cawan taucu – dicuci
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci halia
1/2 cawan udang kering
3 batang serai
1 inci lengkuas

Bahan lain

2 paket kecil rempah kari
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak
Bahan untuk hiasan
Tauhu putih – digoreng dan potong kecil-kecil
Daun sup – hiris halus
Telur rebus – belah dua
Lada hijau – potong bulat
Lada merah – hiris nipis
Limau kasturi – belah dua
Taugeh

Cara Penyediaan 

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bahan yang sudah dikisar halus.
  2. Setelah naik bau dan  garing , masukkan rempah kari dan kacau rata lalu tumis lagi lagi sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan taucu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging dan masak seketika sehingga kuah pekat mengikut citarasa sendiri.
  4. Akhir sekali tambahkan garam , gula dan serbuk perasa secukupnya.

Cara Hidang

Masukkan mee yang telah dicelur ke dalam mangkuk dan tuangkan kuahnya lalu hiaskan bersama taugeh , tauhu goreng , daun sup , bawang goreng, telur rebus, lada hijau dan limau kasturi.

Nota

Semasa mengisar keledek dan taucu, masukkan air supaya bahan mudah dikisar dan tidak tidak perlu tambahkan air semasa memasak kuah tetapi jika kuah terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air semasa memasak kuah mee rebus tesebut.
Jika tidak mahu menggunakan daging , bahan mentah juga boleh ditukarkan dengan udang ataupun ayam tetapi udang kering dan keledek mestilah ada kerana kedua bahan ini adalah penting bagi resepi ini .
Selain daripada mee kuning , boleh gunakan juga spaghetti sebagai pengganti .
Untuk mendapatkan rasa  yang lebih sedap boleh gunakan limau nipis sebagai bahan hiasan kerana ianya lebih masam dan segar.
Selain daripada tahu putih , boleh juga gunakan tahu goreng atau tahu kering untuk rasa yang pelbagai mengikut citarasa.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *