Resepi Nasi Ayam Anti Gagal

Resepi Nasi Ayam Anti Gagal
  • Ayam (direbus) :
    • 1 ekor ayam dipotong 8
    • 2 ulas bawang putih, diketuk kasar
    • 2 cm halia, diketuk kasar
    • garam
  • Ayam (diperap) :
    • 1 sudu besar kicap pekat
    • 1 cm halia, ditumbuk halus
    • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
    • Garam

Bahan untuk nasi

      • 3 cawan besar
      • 4 cawan air rebusan ayam
      • 2 sudu besar butter
      • 1 cm halia dihiris halus
      • beberapa hiris bawang besar
      • Sedikit garam
      • 2 bunga lawang*
      • 4 buah pelaga*
      • 1 kayu manis*
      • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos

    • 5 biji cili merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 sudu besar cuka
    • 1 sudu teh garam
    • 3 sudu teh gula
    • 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup

    • Air rebusan ayam
    • 1 biji bawang besar, potong 4
    • Rempah sup bunjut
    • Garam
    • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
    • Bawang goreng

Bahan untuk kuah kicap

    • Gunakan semua kuah daripada kicap perapan ayam
    • Beberapa sudu kicap manis
    • Sedikit garam
    • Air rebusan ayam

Cara Penyediaan

Cara sediakan ayam:

  • Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg sudah diketuk.
  • Panaskan air di dalam periuk dan rebus ayam semalam 15 ke 20 minit.
  • Angkat ayam dan toskan lalu perap dengan bahan perap selama 1/2 jam atau seharian untuk rasa yang lebih enak.
  • Kemudian goreng dalam api sederhana . Jangan gunakan api yang terlalu besar kerana ayam akan cepat hangus.

Cara sediakan nasi:

  • Basuh beras dan tos airnya.
  • Panaskan butter dan lemak ayam didalam periuk lalu tumiskan semua rempah , halia serta bawang bawang besar sehingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau.
  • Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara sediakan sup:

  • Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup serta bawang goreng bila dihidangkan.

Cara sediakan sos:

  • Kisarkan semua bahan di atas.
  • Masak seketika hingga naik bau.

Cara sediakan kicap:

  • Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Nota

  • Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana bimbang isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.
  • Pastikan gunakan minyak yang banyak ketika menggoreng ayam.
  • Lemak ayam boleh digunakan untuk medapatkan rasa yang lebih berlemak pada nasi ayam.
  • Selain daripada ayam , itik juga boleh dimasak dengan cara yang sama .
  • Kiub ayam juga boleh ditambah kedalam sup bagi memberikan rasa yang lebih sedap.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *