Resepi ShellOut Paling Mudah Dan Sedap

Resepi ShellOut Paling Mudah Dan Sedap

Resepi ShellOut Paling Mudah Dan Sedap.

Makanan laut adalah salah satu makanan yang menjadi kegemaran dan pilihan ramai. Tidak kira golongan , mereka semua sangat sukakan makanan laut kerana rasanya yang mewah dan semestinya sedap namun ada juga yang tidak sukakan makanan laut kerana alergik atau tidak sesuai dengan selera mereka.

Pelabagi jenis masakan diperkenalkan bagi meraikkan kesedapan makanan laut seperti masak sambal , masak lemak , masakan berkuah dan juga goreng kunyit. Ini saya kongsikan cara menyediakan Shellout dengan cara paling mudah dan pastinya sedap.

Bahan- Bahan

Goreng Kering Tanpa Air atau minyak

  • 5 kg ketam
  • 1 kilo sotong
  • 1 kilo udang
  • 2 kilo kerang
  • 2 kilo lala

Direbus

  • Brokoli
  • 3 biji jagung manis

Bahan Untuk Dikisar :

20 tangkai lada kering (direbus)

20 ulas bawang putih

3 biji bawang besar

1 pekat serbuk kari udang

Bahan Lain

3 batang serai (diketuk)

3 sudu sos tiram

3 sudu sos cili

3 tangkai daun kari

4 helai daun limau purut

Sedikit garam

Sedikit gula

Air hasil daripada gorengan seafood

Cara Penyediaan

  • Goreng kering semua bahan mentah seperti sotong , udang , ketam , lala dan juga kerang satu persatu secara berasingan dan masukkan semua makanan laut kedalam satu bekas .Asingkan air daripada gorengan kedalam bekas lain.
  • Kemudian didihkan dan celurkan sayur brokoli dan juga jagung yang sudah dipotong kecil.
  • Kisar lada kering, bawang besar , bawang putih dan juga rempah kari sehingga sebati.
  • Seterusnya, panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan daun kari, serai dan bahan kisar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak lalu masukkan air rebusan seafood tadi.
  • Masukkan pula , sos cili, sos tiram. , sedikit gula , garam dan ajinomoto. Gaul dan masak sehingga rata sehingga cukup rasa.
  • Akhir sekali , semua bahan yang sudah digoreng dan direbus tadi kedalam kuali lalu gaulkan semua bahan supaya merata .
  • Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas .

Nota

  • Boleh menggunakan apa sahaja makanan laut yang disukai dan digematri termasuklah ikan
  • Makanan laut juga boleh direbus jika tidak mahu digoreng kering.
  • Proses menggoreng secara kering adalah kerana tidak mahu makanan laut “overcook ” dan mengecut setelah dimasak.
  • Jika menggunakan proses rebusan pastikan tidak merebus dengan kuantiti air yang banyak kerana ia boleh menyebabkan makanan laut tidak sedap.
  • Kuantiti lada kering dan bawang boleh dilebihkan atau dikurangkan mengikut citarasa samaada mahu pedas atau tidak.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *